Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Darul Islah bantu meriahkan rumah pesara sempena Tahun Baru Cina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Islah bantu meriahkan rumah pesara sempena Tahun Baru Cina

Feb 08, 2024 | 05:58 PM



Bekas pemandu teksi berusia 76 tahun, Cik Chua Kim Chee, menerima kejutan awal Tahun Baru Cina pada 7 Februari apabila rumahnya diberi wajah baru oleh sukarelawan dan bekas penghuni dari Rumah Peralihan Jamiyah, Darul Islah.

Cik Chua, yang tinggal bersendirian di flatnya yang terletak di Jalan Bukit Merah selama hampir 40 tahun, sudah lama tidak menyambut Tahun Baru Cina di rumahnya.

Beliau yang tidak berkahwin dan terasing daripada lima orang adik-beradiknya, hidup serba sederhana sekalipun mendapat bantuan kewangan daripada CPF Life dan Silver Support.

“Saya amat berterima kasih kepada Jamiyah kerana membantu menjadikan rumah lama saya kelihatan baru semula.

“Saya dah tinggal di sini selama 30 hingga 40 tahun, dan ia semakin usang. Sekarang, dengan bantuan Jamiyah, semuanya segar dan baru.

“Dengan Tahun Baru Cina yang akan datang, kawan-kawan saya boleh datang dan duduk dengan selesa di sofa baru saya,” kongsi Cik Chua.

Dari 2 hingga 6 Februari, penghuni dan alumni IslahCARE telah mengecat semula flat Cik Chua, memasang kipas siling dengan lampu, pemanas air, dua katil bujang dengan tilam, almari pakaian gelongsor, set sofa dan juga set meja makan.

Di bawah Projek Happiness, penghuni dan bekas penghuni Darul Islah diberi peluang menghulur bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam persiapan mereka menyambut perayaan mereka masing-masing – Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Hari Raya.


Menurut Penganalisis Perancangan dan Strategi Korporat Jamiyah, Cik Roza Ahmad, 2024 merupakan tahun kelima sejak Projek Happiness dimulakan.


“Ia memberi peluang unik kepada penghuni dan bekas penghuni Darul Islah peluang menyumbang kembali kepada masyarakat, memperkaya kehidupan mereka dan membina semangat kemasyarakatan yang lebih kukuh,” ujar Cik Roza.

Penyerahan rasmi rumah Cik Chua yang diadakan pada 7 Februari turut dikunjungi oleh Anggota Parlimen SMC Radin Mas, Encik Melvin Yong.

Atas semangat perpaduan dan belas ihsan, Projek Happiness menerima tajaan berjumlah $3,500 daripada H & S General Services Pte Ltd, Integrated Property Management Pte Ltd, One Best Subcontractor Pte Ltd dan Fei Teng Logistics Services Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >