Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Dari sumber tenaga ke seni, pelbagai bantuan menanti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari sumber tenaga ke seni, pelbagai bantuan menanti

Feb 16, 2024 | 09:36 PM



Pemerintah akan terus melabur dalam daya tahan Singapura bagi memupuk masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. 

Ini termasuk melindungi keselamatan bekalan tenaga negara, dengan menubuhkan Dana Tenaga Masa Hadapan baru. 

Sebagai permulaan, pemerintah akan menyuntik $5 bilion ke dalam dana itu, yang dapat membantu membina prasarana penting yang diperlukan Singapura untuk beralih ke elektrik rendah karbon, tambah Encik Wong ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 pada 16 Februari.

Beliau berkata Singapura sedang merancang membina terminal gas asli cecair kedua, tetapi hanya bergantung kepada gas asli tidak akan mencapai matlamat pelepasan sifar bersih negara.

Walaupun pilihan lain sedang dikaji, termasuk hidrogen dan juga kemungkinan tenaga nuklear pada masa hadapan, ia akan memerlukan “usaha dan kos yang besar” untuk beralih daripada sistem yang bergantung sepenuhnya kepada gas asli kepada sistem yang dikuasakan oleh tenaga bersih.

“(Dana) ini akan memberikan kami keyakinan melabur dalam masa yang baik, meletakkan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk bergerak pantas pada prasarana penting, dan mempertingkatkan keselamatan kita dalam tenaga bersih,” tambah Encik Wong.

Pusat Arahan Keselamatan
Siber Nasional

Sementara itu, Pusat Arahan Keselamatan Siber Nasional baru juga akan dibangunkan di Daerah Digital Punggol bagi menguatkan pertahanan siber Singapura, kata Encik Wong.

Pusat itu akan meningkatkan keupayaan negara untuk memantau, mengesan dan menyelaraskan pertahanan negara terhadap ancaman siber.

Encik Wong berkata negara terhutang budi kepada anggota perkhidmatan negara, yang telah berkorban untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan Singapura. 

Sebagai tanda terima kasih, semua anggota perkhidmatan negara dahulu dan masa kini akan menerima $200 kredit LifeSG NS.

Pengagihan itu akan memberi manfaat kepada 1.2 juta anggota, dan menelan belanja $240 juta.

Sokongan bantuan
kemanusiaan

Warga Singapura turut tampil untuk menyokong mereka yang terjejas oleh krisis kemanusiaan di luar negara, ujar Encik Wong.

Bagi menggalakkan lagi usaha itu, potongan cukai sebanyak 100 peratus untuk sumbangan wang tunai yang dibuat bagi tujuan menyokong bantuan kemanusiaan kecemasan di luar negara akan diperkenalkan dalam program rintis empat tahun.

Sumbangan itu bagaimanapun mesti dibuat melalui badan amal yang ditetapkan.

Geran Kerjasama Dana Keupayaan Badan-badan Amal akan turut dilanjutkan selama tiga tahun sehingga akhir tahun kewangan 2026, dan bertujuan menggalak badan amal untuk bekerjasama.

Sokongan bidang
seni dan sukan

Satu lagi cara untuk meningkatkan rasa perpaduan dalam kalangan warga Singapura adalah menerusi seni dan sukan, kata Encik Wong. 

Oleh itu, pemerintah akan melabur $100 juta dalam Pelan Seni SG Kita kendalian Majlis Seni Kebangsaan untuk empat tahun seterusnya supaya seni lebih mudah diakses kepada semua orang.  

Warga Singapura juga akan mempunyai lebih banyak wadah memberi sorakan kepada atlet tempatan. 

Selain pusat sukan baru yang dinaik taraf di Toa Payoh, Punggol dan Clementi di bawah Pelan Induk Kemudahan-kemudahan Sukan, Singapura dijangka menjadi tuan rumah kepada lebih banyak acara sukan antarabangsa.

Dana One Team Singapore juga akan ditambah sebanyak $20 juta dan dilanjutkan sehingga akhir tahun kewangan 2027. Dana itu menyediakan padanan dolar ke dolar untuk sumbangan kepada atlet Team Singapore.

“Di mana-mana di dunia, kita melihat masyarakat menjadi semakin berpecah belah, dan negara menjadi semakin mudah terjejas.

“(Usaha) ini akan melindungi kita daripada ancaman luar dan kuasa yang mengancam untuk memisahkan kita. Barulah kita boleh yakin bahawa Singapura akan bertahan,” tambah Encik Wong.

Sekilas usaha membina masa depan daya tahan:


– Tubuhkan Dana Tenaga Masa Hadapan baru dengan suntikan awal $5 bilion untuk melabur dalam infrastruktur peralihan tenaga


– Tubuhkan Pusat Arahan Keselamatan Siber Nasional baru


– Perkenalkan skim potongan cukai bantuan kemanusiaan luar negara


– Geran Kerjasama Dana Keupayaan Badan-badan Amal akan dilanjutkan selama tiga tahun


– Labur $100 juta dalam Majlis Seni Kebangsaan untuk empat tahun seterusnya


– Bina dan naik taraf kemudahan sukan menerusi Pelan Induk Kemudahan-kemudahan Sukan


– Tokokan $20 juta pada Dana One Team Singapore




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >