Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Chee Meng: Gerakan pekerja terhutang budi, hargai sentuhan peribadi PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chee Meng: Gerakan pekerja terhutang budi, hargai sentuhan peribadi PM Lee

May 01, 2024 | 02:49 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah memberi sumbangan luar biasa kepada gerakan pekerja.

Ia khususnya dalam menangani keseimbangan dinamik antara membentuk ekonomi kukuh supaya perniagaan berkembang maju dengan memastikan pekerja menerima gaji secara adil, kata Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.

Dalam ucapan penghormatan yang disampaikan ketika Rapat Hari Pekerja yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada 1 Mei, Encik Ng memuji kepimpinan Encik Lee yang membolehkan pemerintah berpihak kepada pekerja serta majikan pada masa yang sama.

Ini tekan beliau adalah aturan yang tidak mampu dicapai banyak negara.

“Mempunyai pemerintah yang berada di pihak pekerja dan pihak majikan pada masa yang sama adalah rahsia yang sebenar-benarnya bagi (kejayaan) kerjasama tiga pihak. Walaupun ia sesuatu yang menjadi idaman, banyak negara lain di serata dunia tidak mampu berbuat demikian.

“Bagaimanapun di bawah kepimpinan anda Perdana Menteri, rakan kerjasama tiga pihak telah mencapai hasil menang-menang-menang buat pertumbuhan ekonomi, kehidupan serta mata pencarian lebih baik, dan membina Singapura menjadi negara dunia pertama seperti sekarang,” ujarnya.

Menggariskan sumbangan Encik Lee, Encik Ng berkata beliau sentiasa memajukan kepentingan pekerja dalam usaha memperbaiki gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan mereka.

Menerusi kepimpinan strategik serta sokongan Encik Lee yang tidak goyah, hubungan yang terjalin antara parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan NTUC menjadi semakin kukuh.

Encik Ng menambah bahawa komitmen Encik Lee untuk memperbaiki kehidupan pekerja cukup mengagumkan.

Ini dapat dilihat menerusi perjuangan Encik Lee berhubung amalan pekerjaan adil yang bukan sahaja mewujudkan peluang baru buat warga setempat bahkan juga meningkatkan kedudukan tenaga pekerja, ujarnya.

Menukil contoh, Encik Ng menyentuh tentang bagaimana sokongan Encik Lee terhadap Model Gaji Progresif dan SkillsFuture telah memperkasa pekerja lantas membawa kepada masyarakat yang lebih terangkum dan saksama.

Sewaktu tempoh mencabar seperti pandemik Covid-19, pelaksanaan Skim Sokongan Pekerjaan, Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) dan pelbagai inisiatif bantuan kewangan memberi sinar harapan kepada golongan pekerja yang terdesak, kata Encik Ng.

Semua ini, katanya, menjadi bukti dedikasi Encik Lee untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan pekerja di samping gerakan pekerja.

Keprihatinan dan jalinan hubungan antara Encik Lee dengan pemimpin kesatuan pekerja pula tidak terhad hanya dalam soal mata pencarian semata-mata, kata Encik Ng, malah ia meninggalkan kesan dalam kehidupan peribadi mereka juga.

Menggambarkannya, Encik Ng berkata: “Ia menyentuh hati apabila mendengar anak-anak perempuan pemimpin kesatuan kita menggelar anda sebagai ‘Uncle Loong’. Ia mencetuskan rasa kasih sayang.”

Dalam ucapan pembukaan yang dibentangnya, Encik Ng menekankan pentingnya mengekalkan kerjasama tiga pihak bagi kejayaan Singapura demi mencapai pertumbuhan ekonomi, gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan lebih baik buat semua pekerja.

Beliau memberi jaminan bahawa NTUC akan terus memperjuangkan golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) yang bakal membentuk sebahagian besar tenaga kerja Singapura.

Encik Ng menambah bahawa NTUC sedang berusaha melindungi mereka antaranya, dengan mempromosi keadilan di tempat kerja, memperbaiki amalan sumber manusia dan mewakili mereka dalam tempoh pemberhentian kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >