Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Shanmugam: Aktivis cuba ganggu proses keadilan hukuman mati

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Aktivis cuba ganggu proses keadilan hukuman mati

Sokongan awam terhadap hukuman mati meningkat, menurut tinjauan MHA
May 08, 2024 | 04:13 PM



Walaupun semakin terdapat banyak bukti bahawa penyalahgunaan dadah bukanlah tanpa mangsa, sekumpulan kecil aktivis cuba mengelirukan orang ramai dengan maklumat salah.

Bahkan ada dalam kalangan aktivis ini cuba mengganggu proses keadilan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Menambah, beliau menyatakan terdapat sokongan awam yang kukuh terhadap hukuman mati, iaitu pendekatan kawalan dadah yang diambil di Singapura.

Encik Shanmugam berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai dasar kawalan dadah nasional Singapura di Parlimen pada 8 Mei.

Menurut beliau, aktivis ini berusaha membangkitkan rasa simpati dengan menampilkan imej sistem keadilan jenayah yang tidak adil terhadap pengedar dadah.

Mereka berbuat demikian dengan menerbitkan video, gambar, cerita dari zaman kanak-kanak pengedar, perkongsian temu bual dengan ahli keluarga dan menggambarkan pengedar sebagai mangsa malang keadaan, kata Encik Shanmugam.

“Tetapi, mereka tertinggal fakta kes,” tambah beliau.

Encik Shanmugam berkata ucapan atau hantaran yang dimuat naik aktivis ini biasanya tidak disertakan dengan fakta dan imej mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Mereka tidak menyatakan kemudaratan yang disebabkan oleh mangsa pengedar, jumlah nyawa yang terkorban atau musnah akibat dadah, dan sebab pengedar mengedar dadah, iaitu wang, ujarnya lagi.

“Sebaliknya, terdapat tuduhan tidak berasas, dakwaan berat sebelah dan separuh kebenaran.

“Jika anda menghadapi masalah kewangan – dapatkan pekerjaan. Anda tidak perlu mengedar dadah untuk mendapatkan wang,” tambahnya. 

Encik Shanmugam berkata lagi bahawa tuduhan tidak berasas ini juga dibuat berkaitan ‘Banduan yang Menunggu Hukuman Mati’ (PACP), yang menimbulkan keraguan pada proses sabitan dan hukuman. 

Pada Mei 2023, arahan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) telah dikeluarkan terhadap 10 pos media sosial dan dua artikel dalam talian kerana mengandungi kenyataan palsu tentang hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah.

Antara mereka adalah daripada The Transformative Justice Collective, The Online Citizen Asia, Andrew Loh, Kirsten Han dan M Ravi.

Sebahagian aktivis ini juga telah mengetengahkan agenda politik mereka lebih jauh lagi, dengan cuba mengganggu proses keadilan, kata Encik Shanmugam.

“Mereka membantu memfailkan permohonan guaman yang tidak berdasarkan merit bagi pihak pengedar dadah yang disabitkan yang telah kehabisan semua jalan penyelesaian – selalunya pada saat-saat akhir. Dan mereka berbuat demikian sambil bersembunyi di sebalik PACP dan keluarga mereka,” jelas beliau.

Salah satu kes, yang dikongsi Encik Shanmugam di Parlimen, melibatkan tujuh permohonan selepas rayuan – semuanya ditolak oleh mahkamah kerana tanpa merit. Alamat e-mel “kirstenhan@hey.com” juga disertakan dalam kiriman permohonan ketujuhnya, yang disediakan oleh anggota keluarga kepada mahkamah. 

“Ini jelas bukan milik keluarga, tetapi untuk seorang aktivis antihukuman mati.

“Akibatnya, hari ini, kita mempunyai PACP yang hukumannya tidak dijalankan walaupun kes mereka diputuskan lebih sedekad lalu,” kata Encik Shanmugam.

Bagi menangani perkara ini, Encik Shanmugam mengumumkan Akta Permohonan selepas rayuan dalam Kes Hukuman Mati (PACC), yang diluluskan di Parlimen pada November 2022, akan berkuat kuasa tidak lama lagi.

Akta ini akan melindungi pentadbiran keadilan dan kedaulatan undang-undang. Ia memperkenalkan keperluan baru untuk mengurangkan kemungkinan kelewatan kepada prosiding, sementara mengimbangi kemuktamadan dan proses yang wajar.

Sementara itu, Encik Shanmugam mendedahkan bahawa sokongan awam terhadap hukuman mati bagi pengedar dadah di Singapura telah meningkat.

Penemuan awal daripada tinjauan yang dijalankan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 2023 menunjukkan kira-kira 77 peratus responden – naik 3 peratus berbanding tinjauan 2021 – bersetuju atau sangat bersetuju hukuman mati hendaklah digunakan untuk jenayah paling serius, termasuk pengedaran dadah.

Sebanyak 69 peratus responden – naik 3 peratus daripada tinjauan 2021 – pula bersetuju atau sangat bersetuju hukuman mati mandatori adalah hukuman sesuai untuk pengedaran jumlah dadah besar. 

Kenaikan sokongan pada pendekatan kawalan dadah Singapura ini adalah “cukup luar biasa”, kata Encik Shanmugam.

“Ia menunjukkan warga Singapura faham keperluan bagi hukuman mati, untuk menangani jenayah paling serius.

“Kami mempunyai tahap sokongan yang tinggi ini kerana warga Singapura mempercayai pemerintah untuk melakukan perkara betul, dan melakukan yang betul untuk Singapura,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >