Ancaman yang ditimbulkan oleh kecerdasan buatan (AI), dron dan teknologi pencetakan 3D terhadap keselamatan negara memerlukan respons proaktif yang menuntut pendekatan baru dan lebih dinamik dalam pengurusan keselamatan.
Menurut Dr Kumar Ramakrishna, AI kini menjadi alat yang mampu menghasilkan video ‘deep fake’ – iaitu teknik merubah rupa paras seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah – yang realistik dan boleh disiarkan melalui platform video seperti YouTube yang berpotensi menimbulkan konflik antara agama dengan kaum.