Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS usahakan 'perkembangan lebih menarik' bagi 2023

Susulan sambutan baik pada acara sepanjang 2022: Faishal
Dec 28, 2022 | 05:30 AM



WISMA Geylang Serai (WGS) telah menyaksikan acara-acara yang lebih menarik dianjurkan sepanjang 2022 dan dalam masa yang sama memperlihatkan masyarakat bersatu untuk memastikan WGS terus mekar.



WGS kini merupakan ciri yang tidak dapat disangkal lagi bagi persada seni di sekitar kawasan Geylang Serai, yang telah berubah menjadi presint moden yang dikenali, sambil mengekalkan keunikan serta identiti budayanya dalam masyarakat berbilang budaya dan agama.



Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata kepada Berita Harian (BH) semalam bahawa dengan penampilan semua itu, masyarakat boleh menjangkakan lebih banyak perkembangan menarik daripada WGS sepanjang tahun 2023 nanti.



"Nantikan pengumumannya,'' katanya.



Dr Faishal, yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), menambah:



"Sejak beberapa tahun lalu, ia telah menjadi tahun-tahun yang mencabar apabila Covid-19 mengubah kehidupan kita.



"Namun begitu, saya gembira melihat rakyat Singapura telah berhimpun bersama dan menyokong antara satu sama lain. Di WGS sendiri, terdapat perkembangan yang menarik di lapangan."



WGS, menurutnya lagi, telah menjadi pusat bertenaga yang mencerminkan minat masyarakat terhadap pelbagai kemajuan berterusan yang dijalankan.



Dr Faishal berkata sejak WGS dibangunkan, ia telah menjadi nadi masyarakat baik dari segi sosial, sivik dan budaya. Ini sesuai dengan WGS yang dibangunkan untuk berkhidmat terhadap empat tunjang utama - Seni dan Budaya; Belia; Gaya Hidup dan Komuniti serta Kesihatan.



"WGS bertuah kerana dapat membawa semula bazar Ramadan dan mengumpulkan lebih 800,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan bangsa yang turun ke bazar sepanjang Ramadan.



"Bazar Ramadan telah menjadi paparan yang menyejukkan mata terhadap perpaduan dan keharmonian sosial kita,'' kata Dr Faishal.



Selain itu, dengan pembukaan semula WGS selepas Covid-19, ia telah membolehkan WGS menjangkau lebih jauh dalam usaha mendekati masyarakat.



WGS kemudiannya telah menganjurkan banyak program dan aktiviti fizikal yang disusun khas di ruang acara Persada Budaya, dan prasarana lanjutan WGS yang baru dilancarkan, Anjung@WGS.



Anjung@WGS adalah sebahagian daripada projek Jalur Budaya Geylang Serai yang meliputi kawasan dari Tanjong Katong Complex hingga ke Kelab Masyarakat Kampong Ubi bagi memaparkan ciri-ciri budaya dan warisan kawasan itu



Acara-acara sedemikian telah merancakkan lagi kawasan Geylang Serai dan mengukuhkan lagi identiti kebudayaan kolektif kawasan tersebut.



"Ini juga telah menggalakkan organisasi lain untuk bekerjasama dengan WGS untuk menganjurkan pelbagai program mereka di sini. Dengan itu, ia telah mengeratkan lagi penglibatan dengan masyarakat dan selanjutnya,'' kata Dr Faishal.



Menurut Dr Faishal lagi, pada tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, WGS turut menyokong inisiatif nasional yang bermakna dan penting seperti Bulan Bahasa Melayu yang menyaksikan lebih 8,000 orang terlibat dengan aktiviti tersebut.



Malah WGS turut meraikan Famili SG dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan ikatan keluarga seperti tayangan filem keluarga dan banyak lagi.



WGS turut menyokong daya usaha Forward SG dengan menyediakan tempat dan penyertaan peserta.



Selain itu, WGS juga bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dan agensi untuk menganjurkan acara komuniti dengan membawa Hari Kebangsaan@ Heartlands dengan lebih 20,000 hadirin, menyiarkan secara langsung perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Singapura dan Piala Dunia yang diadakan baru-baru ini telah mengumpulkan lebih 3,500 penonton sepanjang keseluruhan kejohanan di WGS, tambah Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >