Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Britain didapati bersalah serang pemandu teksi hingga bahu terkehel

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



KETUA eksekutif sebuah syarikat pemegang pelaburan privet yang membuka pintu penumpang sebuah teksi yang dinaikinya hingga hampir menyebabkan kemalangan dan menyerang pemandu teksi itu selepas disuruh menutup pintunya, didapati bersalah semalam.



Akibat perbuatannya, bahu pemandu teksi itu terkehel.



Warga Britain, Paul John Murphy, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki teksi itu pada 2 Mac 2018 apabila kenderaan itu berhenti di lampu trafik yang menunjukkan lampu merah.



Walaupun dia belum tiba di destinasinya, dia membuka pintu penumpang di sebelah kiri belakang teksi itu hingga menyebabkan sebuah kenderaan di sebelah teksi itu terpaksa membelok untuk mengelaknya.



Pemandu teksi itu, Encik Elgin Lee, kemudian menggunakan bahasa kasar untuk memberitahu penduduk tetap (PR) Singapura itu berulang kali untuk menutup pintunya.



Murphy yang kini berusia 60 tahun dan berkhidmat sebagai pengarah di PWS Holdings menutup pintunya namun kemudian menyerang pemandu teksi itu semasa beliau sedang memandu.



Menyusuli satu perbicaraan di mahkamah, Hakim Daerah, Cik Ong Chin Ru, mendapati Murphy bersalah terhadap satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan perbuatan cuai yang boleh membahayakan keselamatan peribadi orang lain.



Dalam hujahnya, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Lee Zu Zhao, berkata bahu mangsa terkehel akibat kelakuan kasar penumpangnya yang mabuk dan telah membuka pintu di tengah-tengah jalan raya apabila dia tersilap menganggap mereka sudah tiba di destinasinya.



Murphy diwakili peguam, Encik Pratap Kishan dan Encik Nirmal Singh.



Dia dijangka dipenjara pada 24 Mei.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $5,000 kerana sengaja menyebabkan kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >