WAD 9D di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang menjadi tumpuan penularan jangkitan Covid-19 di hospital itu akan dibuka semula pada Sabtu (22 Mei) dengan beberapa langkah keselamatan dipertingkat bagi melindungi pesakit dan kakitangannya.
Menurut TTSH, siasatan epidemiologi mengenai punca jangkitan dalam hospital itu masih lagi dikenal pasti.
Pengarah Khidmat Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata pada Selasa (18 Mei), pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan jangkitan berlaku menerusi udara dalam perkarangan hospital ini sambil merujuk pada laporan yang memberi gambaran kemungkinan jangkitan dari udara berlaku di beberapa situasi, khususnya sekitaran tertutup dengan aliran udara terbatas dan pengalihan udara lemah.
Bagi membolehkan pengalihan udara dan pembersihan udara lebih baik, pihak hospital telah memasang kipas angin ekzos dan penapis Hepa mudah alih di Wad 9D, sebuah wad kelas C.
Kipas angin ekzos itu akan mengubah udara enam hingga 12 kali sejam dengan memastikan udara di kubikel sentiasa digantikan manakala penapis Hepa itu pula antara lain meluputkan habuk dan bakteria.
TTSH akan secara beransur-ansur memasang kelengkapan ini di kesemua wad hospital apabila ia perlahan-lahan membukanya bagi rawatan pesakit baru.
Pihak hospital telah menghentikan kemasukan pesakit bagi dua minggu apabila kelompok jangkitan bertambah kepada 46 pesakit. Kelompok ini dikaitkan kepada Wad 9D di mana seorang jururawat didapati positif Covid-19 pada 28 April.
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
Seorang teman sanggup menunggu Sarah Yasmine, wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, bersiaran secara langsung di TikTok walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Se
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan

Dua pesakit yang berkait dengan kelompok hospital ini meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19. Mereka terdiri daripada wanita Singapura berusia 88 tahun dengan sejarah penyakit barah, darah tinggi, kegagalan jantung sebak dan kolestrol tinggi serta lelaki 70 tahun dengan sejarah penyakit barah paru-paru dan degupan jantung yang cepat dan tidak menentu.
Wad dengan tampungan 40 katil ini diasingkan menerusi kubikel dengan enam katil bagi setiap kubikel.