Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksin digunakan S'pura penuhi kriteria keselamatan

Dec 31, 2020 | 5:30 AM
5fa61875-131f-4171-ab1f-0a09617f5616
-

VAKSIN Covid-19 Pfizer-BioNTech yang digunakan di Singapura memenuhi semua kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Penguasa Kesihatan Sains dan juga agensi pengawalseliaan lain.

Walaupun kesan jangka panjang vaksin tersebut masih belum diketahui memandangkan vaksin itu baru ditawarkan sejak beberapa bulan lalu, beberapa langkah berjaga-jaga diambil untuk memastikan proses kekal lancar.

Ini termasuk memantau individu yang menerima vaksin itu selama 30 minit untuk memastikan tiada kesan sampingan serta-merta, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semalam.

Beliau menjawab pertanyaan pihak media yang menyentuh tentang keprihatinan yang diutarakan anggota masyarakat berkaitan kesan sampingan vaksin itu.

"Kami akan terus memantau dan meneliti data yang mendatang... ada langkah berjaga-jaga yang diambil dan vaksin telah memenuhi semua kriteria keselamatan dan keberkesanan untuk diberikan," tambahnya.

Risiko vaksin tersebut perlu dipertimbangkan terhadap kemungkinan seseorang dijangkiti Covid-19 dan mengalami kesan yang teruk daripada jangkitan, katanya.

Encik Gan menambah jawatankuasa pakar memberi saranan supaya semua warga Singapura yang layak mendapatkan vaksin tersebut.

Namun, vaksin itu tidak digalakkan bagi beberapa golongan tertentu termasuk wanita hamil dan kanak-kanak.

Menurut Encik Gan, ini bukan disebabkan ia tidak selamat tetapi kerana perlunya lebih banyak data dan kajian.

"Saya ingin meyakinkan warga Singapura bahawa kita telah mengambil semua langkah yang diperlukan dan menggalakkan mereka untuk tampil mendapatkan vaksin ini apabila giliran mereka tiba nanti," ujarnya.

Beliau turut berkata anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beliau sendiri bakal menerima vaksin itu.

Buat masa kini, jadual vaksin masih belum ditentukan, dengan keutamaan diberikan kepada kakitangan penjagaan kesihatan.

Katanya: "Bila giliran saya tiba, saya akan menjadi salah satu orang pertama yang akan ke hadapan."

Sebelum ini, pemerintah telah mengumumkan bahawa kakitangan penjagaan kesihatan akan diberikan vaksin itu dalam minggu-minggu akan datang.

Vaksinasi bagi warga emas berusia 70 tahun dan ke atas bermula Februari 2021 dengan diikuti vaksinasi untuk warga Singapura lain dan penduduk jangka panjang.

Vaksin itu akan diberikan secara percuma dengan perincian lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg