Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMUAN PENGHARGAAN MHA BAGI RELAWAN BANTU TANGANI PENGGANASAN

Ustaz muda RRG lihat usaha nasihati individu radikal sebagai peluang

Kaunseling bantu fahami masyarakat, teruskan usaha asatizah generasi awal
RRG
Sep 18, 2022 | 05:30 AM



PADA usia 35 tahun, Ustaz Ahmad Helmi Mohd Hasbi antara asatizah lebih muda dalam Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang memberi kaunseling kepada individu radikal yang ditahan.



Sedang usia muda menimbulkan sedikit cabaran, terutama apabila ditugaskan memberi kaunseling kepada tahanan lebih berumur, Ustaz Ahmad Helmi melihatnya sebagai peluang memahami secara langsung apa yang berlaku dalam masyarakat.



"Saya melihat tugas ini sebagai sesuatu yang berguna bagi saya kerana ia memberi saya peluang memahami apa berlaku dalam masyarakat. Jika saya tidak melakukan ini, saya tidak akan terdedah dan sedar tentang kes-kes sedemikian," kata penganalisis penyelidikan di Pusat Antarabangsa Bagi Penyelidikan Keganasan Politik dan Pengganasan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu.



"Dalam memberi kaunseling kepada tahanan lebih tua daripada saya, saya melihatnya sebagai peluang untuk saya belajar daripada mereka. Mereka mungkin mempunyai pengalaman berbeza, dan proses kehidupan berbeza yang mereka lalui. Saya perlu cuba faham dorongan atau sebab mereka melakukan sesuatu," tambah bapa tiga anak itu, yang berkhidmat sebagai kaunselor agama RRG sejak 2015.



Ustaz Ahmad Helmi antara 380 relawan daripada RRG, Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), masjid dan pelbagai pertubuhan masyarakat yang hadir di majlis jamuan tengah hari anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bagi menghargai sukarelawan masyarakat semalam.



Acara itu disambung selepas dua tahun tidak diadakan disebabkan pandemik Covid-19.



Seorang lagi asatizah muda yang turut berkhidmat sebagai kaunselor agama RRG ialah Ustaz Ahmad Saiful Rijal Hassan, anak seorang mantan anggota RRG, Allahyarham Ustaz Hassan Mustakim. Beliau melihat kerja relawannya itu sebagai meneruskan perjalanan anggota generasi pertama RRG.



"Ia satu tanggungjawab besar, tetapi kami terus belajar daripada pengalaman mereka, dan pada masa sama, kami ambil cabaran yang kami hadapi sebagai satu proses pembelajaran," kata Ustaz Ahmad Saiful Rijal, 36 tahun, yang menyertai RRG pada 2012.



Zamil Penyelidik Bersekutu di RSIS itu berkata setiap kes unik dan bagi setiap kes beliau menetapkan jangkaan dan apabila jangkaan itu dicapai, ia memberi kepuasan dan menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan.



"Sebagai contoh, dalam menangani tahanan, sebagai kaunselor kami cuba sedaya upaya mencari apakah isu-isu yang perlu ditangani. Jadi bagi setiap sesi dengan mereka, ada banyak kerja belakang tabir yang perlu dilakukan.



"Dan apabila kita melihat proses ini berakhir dengan mereka dibebaskan, itu adalah sesuatu yang memuaskan dan sukar dilupakan, bagi saya," katanya.



Menurut Ustaz Ahmad Saiful Rijal, bagi tahanan yang tidak respons kepada kaunseling, proses itu boleh berlarutan dari beberapa bulan ke beberapa tahun.



"Kaunseling adalah proses dua hala. Kita tidak boleh memaksa mereka. Tetapi bagi setiap proses, saya melihatnya sebagai satu perjalanan pembelajaran. Kami belajar daripada pengalaman lalu anggota generasi pertama RRG, dan pada masa sama kami cuba menggunakan pengalaman itu sebagai alat untuk kami pakai semasa sesi kaunseling ini, dan pada masa sama kami cuba bangunkan pengalaman kami sendiri," kata bapa seorang anak itu.




"Yang kita perlukan ialah program betul untuk belia Muslim kita di institusi pengajian tinggi, belia pertubuhan Melayu/Islam, untuk dibawa masuk untuk membuat mereka sedar apa yang Menteri S. Shanmugam katakan hari ini. Beliau mengetengahkan bahaya semasa jelas berhubung isu radikalisasi di Singapura. Taman Bacaan akan menyusuli ucapan menteri dalam dialog dengan pertubuhan belia Melayu tiga bulan akan datang. Kerana ucapannya sangat penting untuk ACG, Taman Bacaan, untuk fahami dan fikirkan bagaimana kita boleh melangkah ke hadapan kepada belia kita."
- Encik Abdul Halim Kader, anggota pengasas RRG dan presiden Taman Bacaan.



"Khidmat mereka (RRG, ACG dan badan-badan Islam setempat) menjadi tulang belakang pemerintah. Kejayaan Singapura dalam menangani isu ekstremisme adalah hasil faktor kerjasama sangat kukuh antara pemerintah dan masyarakat. Apabila kita bercakap tentang pelibatan masyarakat, ia mengenai semangat kesukarelawanan yang sangat tinggi. Ini menjadi satu model bagi dunia dan bagi Singapura ia harus diteruskan kerana banyak negara masih belum mendapat formula tepat untuk bekerjasama rapat antara pemerintah dan masyarakat."
- Ustaz Dr Mohamed Ali, pengerusi bersama RRG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >