Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah aniaya pengawal keselamatan jalankan tugas: Kesatuan sekerja

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



KESATUAN Sekerja Keselamatan (USE) berkata masyarakat perlu menghormati dan usah menganiaya pengawal keselamatan yang menjalankan tugas mereka.



Kesatuan itu mengeluarkan kenyataan demikian di Facebook menyusuli satu kejadian yang melibatkan seorang pemandu kereta yang menggerakkan keretanya secara berbahaya ke arah seorang pengawal keselamatan di pintu masuk Sekolah Red Swastika di Bedok North Avenue 3 pagi semalam.



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, turut mengutuk kejadian itu.



"Sikap ganas ditunjukkan terhadap pegawai kami yang menjalankan tanggungjawab mereka tidak boleh diterima,'' kara Encik Ng di Facebook.



Pengawal keselamatan itu, Encik Neo Ah Whatt, 62 tahun, mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan perubatan serta diberi cuti perubatan selama tiga hari, kata setiausaha eksekutif USE, Encik Steve Tan, kepada Berita Harian (BH).



Encik Neo bertugas di Sekolah Red Swastika sejak tiga tahun lalu dan telah bekerja dalam sektor keselamatan selama sedekad.



USE mengutuk keras kes penganiayaan fizikal itu.



"Ini merupakan satu kejadian yang amat teruk kerana ia melibatkan sebuah kenderaan.



"Kemarahan daripada masyarakat dan media sosial memang wajar dirasakan sebab bagaimana pemandu itu telah mengancam nyawa Ah Whatt," kata USE, dalam kenyataannya.



Semalam, Encik Tan telah bertemu dengan Encik Neo untuk memberi baucar serta makanan berkhasiat bagi membantu pemulihannya.



Pemandu lelaki berusia 61 tahun itu telah ditangkap polis selepas didapati sengaja bertindak terburu-buru hingga menyebabkan kecederaan.



Kereta Bentley yang dipandunya, yang mempunyai label sah bagi memasuki sekolah berkenaan, telah memotong kenderaan lain yang sedang menunggu giliran mereka untuk masuk ke sekolah itu, kata Encik Tan.



Turut mengulas tentang kejadian itu ialah Presiden Persatuan Agensi Keselamatan Bertauliah (ACSA), Encik John Vijayan Vasavan, yang berkata:



"Pengawal keselamatan kami sudah dilatih mengendali keadaan mencabar, namun orang ramai perlu menghormati tugas mereka dan menghormati kakitangan sekolah yang berada di situ untuk mengawal keadaan," katanya.



Oleh itu, beliau berkata masyarakat perlu bersikap tolak ansur dan menunjukkan toleransi.



"Semua masalah yang dihadapi boleh dibincang dan jangan sekali-sekali cuba mengancam atau menyebabkan kecederaan kepada pegawai kami," tambah Encik Vijayan.



Disember lalu, satu tinjauan USE dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang dijalankan dari Julai hingga September 2021 mendedahkan penganiayaan ke atas pegawai keselamatan di tapak komersial, termasuk pusat beli-belah, didapati meningkat kepada 51.4 peratus berbanding 46.1 peratus yang dilaporkan dalam tinjauan pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >