Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umrah: Permintaan meningkat, beberapa firma baru tawar khidmat

Aug 29, 2022 | 05:30 AM



SEDANG permintaan mengerjakan umrah meningkat, beberapa syarikat baru telah dibentuk bagi menembusi pasaran tersebut demi menawarkan lebih banyak pilihan kepada jemaah.



Antara mereka ialah Karva Travel And Tours oleh pasangan selebriti dan usahawan Cik Rozza Ramli dan Encik Jai Wahab, serta M3 Oasis Pte Ltd By Quins Travel & Tours - sebuah kerjasama antara Dr Malik Hassan dari Crave Nasi Lemak dengan Encik Mohammad Mirza Salim, pemilik Matchday Affairs, satu cabang pelancongan sukan di bawah Qu'ins Travel & Tours Pte Ltd.



Ketika dihubungi baru-baru ini, Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) menyambut baik pemain baru kerana ia menawarkan kepelbagaian pilihan dan jenis khidmat kepada pelanggan di sini.



Namun, menurut Setiausaha Kehormat Amtas, Ustazah Juyda Noor Mohamad, terdapat juga ejen yang tutup kedai semasa pandemik.



Amtas mempunyai lebih 30 anggota ketika ini berbanding sekitar 40 sebelum Covid-19.



"Bagi agensi pelancongan pula, memang benar ada syarikat yang tutup, dan ada juga yang buka," katanya, yang juga Pengarah Noor Mohamad Services & Travel.



"Oleh kerana umrah ini adalah pasaran terbuka, maka tidak mustahil ada juga organisasi atau individu yang membawa kumpulan ke Arab Saudi."



Pasaran umrah kini optimistik, permintaan meningkat



Ustazah Juyda menambah pasaran umrah kini kelihatan optimistik dengan banyak permintaan daripada warga Singapura.



"Ini jelas menunjukkan bahawa jemaah Singapura sudah ada keyakinan untuk menunaikan umrah dan kali ini ramai juga yang membawa keluarga mereka bersama," jelasnya.



Beliau juga berkata terdapat kemunculan pertubuhan atau kumpulan kecil yang menyediakan perjalanan umrah secara berkumpulan menyusuli lebih banyak kemudahan disediakan kerajaan Arab Saudi untuk melakukan umrah.



Ini termasuk melakukannya menerusi visa pelancong berbanding visa umrah sahaja.



Ogos lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pemegang visa pelancongan dari 49 negara, termasuk Singapura, dibolehkan melakukan umrah menerusi tempahan visa itu terdahulu atau setibanya mereka di lapangan terbang.



Biarpun demikian, Ustazah Juyda berkata permintaan dan peranan ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) kekal teguh dalam pasaran yang mana terdapatnya kemudahan ini.



"Oleh kerana terdapat kelonggaran dari segi permohonan visa, maka ramai juga yang membuat tempahan secara individu, namun masih ada lagi jemaah yang ingin membeli pakej dari agensi kerana senang dan mudah, teratur," kata Ustazah Juyda.



"Mereka juga tidak perlu fikir tentang hotel, makanan dan pengangkutan. Jadi, walaupun ada yang DIY (buat sendiri) masih ada lagi yang mengharapkan (khidmat) oleh agensi pelancongan.



Sementara itu, Cik Rozza menyatakan Karva Travel And Tours dibentuk hasil kerjasama dengan syarikat tempatan, Anwaar Al-Himam Umrah & Holidays.



Ia bakal melancarkan perjalanan umrah pertamanya pada 21 September ini dan menyediakan pakej umrah menerusi visa umrah.



Namun konsep mereka adalah lebih terhadap menyediakan pengalaman lebih peribadi dan mudah kepada jemaah serta memperkenalkan idea bahawa umrah itu terbuka kepada semua, sekali gus menghapuskan tanggapan umrah itu untuk mereka yang sudah 'bersedia' sahaja.



"Bagi kami, umrah tidak seharusnya dilakukan sekali sahaja apabila kami sudah bersedia untuk melakukannya.



"Namun, ia boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kami," kata Cik Rozza.



Dr Malik menyatakan syarikat M3 Oasis Pte Ltd by Qu'ins Travel & Tours dibentuk bagi menawarkan pengalaman unik dan baru kepada jemaah.




"Ini jelas menunjukkan bahawa jemaah Singapura sudah ada keyakinan untuk menunaikan umrah dan kali ini ramai juga yang membawa keluarga mereka bersama.



Oleh kerana terdapat kelonggaran dari segi permohonan visa, maka ramai juga yang membuat tempahan secara individu, namun masih ada lagi jemaah yang ingin membeli pakej dari agensi kerana senang dan mudah, teratur."



- Setiausaha Kehormat Persatuan Agensi Pelancongan Singapura (Amtas), Ustazah Juyda Noor Mohamad, yang juga pengarah syarikat Noor Mohamad Services & Travel. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >