Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ubah elok tak siap, keluarga terpaksa inap di chalet

Jun 02, 2023 | 05:30 AM



SELAMA lebih sebulan termasuk semasa menyambut Syawal, Encik Jasmani Kamarudin sekeluarga – terdiri daripada lima anggota termasuk bapa mentuanya yang berusia 84 tahun – terpaksa menetap di chalet D’Resort di Downtown East.

Ini setelah kerja-kerja ubah elok flat HDB baru mereka di Pasir Ris tidak disiapkan oleh syarikat ubah elok.

Mereka mendapat kunci bagi flat jualan semula lima bilik itu pada pertengahan Februari setelah menjual flat lima bilik HDB sebelum ini, juga di Pasir Ris, dan sepatutnya berpindah menjelang penghujung April selepas kerja-kerja ubah elok selesai.

Namun, beliau mendakwa kerja-kerja itu tidak disiapkan mengikut jadual dan hanya 10 hingga 15 peratus daripada kerja-kerja ubah elok diselesaikan sebelum pemilik syarikat tersebut tidak dapat dihubungi.







Difahamkan kerja-kerja ubah elok pada flat itu bermula pada 23 Mac, daripada perbualan Encik Jasmani melalui WhatsApp yang dilihat Berita Harian (BH), dan beliau diberitahu ia dianggarkan siap sebelum 26 April.


Difahamkan Encik Jasmani dan isteri, Cik Jurianah Mohd Johry, menanggung kerugian lebih $70,000 dek kos ubah elok, kos penginapan alternatif dan kos menyimpan barang-barang di stor – yang menurut beliau adalah $1,000 sebulan.

Daripada invois yang dikongsi Encik Jasmani dengan BH, beliau sekeluarga sudah menetap di chalet itu sejak 27 April, iaitu hampir seminggu selepas Hari Raya Aidilfitiri yang jatuh pada 22 April, dan telah mengeluarkan belanja lebih $8,000 untuk penginapan sehingga 26 Jun.

Sebut harga daripada syarikat renovasi yang dilihat BH pula menyatakan kos ubah elok tersebut adalah $81,000 – yang mana daripada tangkap layar bayaran pemindahan bank dan cek yang telah dibuat Encik Jasmani dan Cik Jurianah, mereka telah membayar hampir $63,000 atau lebih 75 peratus daripada kos yang dinyatakan.

Beliau mula rasa curiga apabila mesej-mesej dan panggilan tidak dibalas syarikat yang disyaki lesap pada minggu selepas Hari Raya.

“Firasat saya menyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena (dengan kerja ubah elok ini),” ujar beliau.

Nasib serupa juga menimpa Cik Noorina May Wong sekeluarga.

Ibu enam anak kecil berusia antara empat dengan 13 tahun itu sepatutnya berpindah ke flat empat bilik HDB di Chua Chu Kang sebelum 21 Mei.

Namun flat itu masih belum sesuai untuk dihuni selepas kerja ubah elok rumah terbengkalai dan pengendali syarikat ubah elok itu disyaki lesap.

Keluarga lapan beranak itu kini terpaksa menumpang di flat tiga bilik keluarga empat beranak kakak ipar Cik Noorina, selepas flat tiga bilik milik Cik Noorina di Sembawang diambil alih oleh pemilik baru pada 21 Mei.

Daripada tangkap layar bayaran pemindahan bank yang dibuat oleh beliau dan suaminya, Encik Muhammad Azizi Mohamad Hariyadi, mereka telah membayar $45,000.







Jumlah tersebut adalah lebih 80 peratus daripada kos keseluruhan $55,000 yang dicatatkan dalam sebut harga yang dilihat BH untuk mengubah elok rumah baru mereka.

Suri rumah itu berkata: “Daripada anggaran yang diberikan, rumah baru sepatutnya siap sekitar seminggu sebelum 21 Mei.

“Segala hasil daripada jualan rumah sebelum ini disalurkan untuk kerja-kerja ubah elok.”

Kerja-kerja ubah elok dijadual lengkap dalam tempoh sekitar dua bulan setengah.

Cik Noorina mula rasa curiga apabila pemilik syarikat tidak menjawab mesej yang dihantar selepas 2 Mei. Beliau berkongsi dengan BH tangkap layar mesej yang tidak berbalas selepas 2 Mei.

Kedua-dua pelanggan terbabit telah membuat laporan polis. Pihak polis dalam respons kepada BH berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >