Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS

Tumpuan terhadap pembangunan holistik pelajar

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



Akhbar ini baru-baru ini berpeluang mewawancara Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing. Dalam wawancara tersebut, beliau menyentuh beberapa isu termasuk cabaran sistem pendidikan, kepentingan pembangunan sosioemosi pelajar, prestasi pelajar Melayu dan beban kerja para guru. Wartawan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) membentangkan isu-isu utama yang telah dibincangkan. Prestasi sosioemosi asas kukuh pembangunan akademik murid







PENDIDIK boleh terus memberi tumpuan terhadap perkembangan akademik seorang kanak-kanak, tetapi jika perkembangan sosioemosinya tidak dijaga, mereka tidak akan membina pembangunan akademik di atas asas yang kukuh.



Inilah sebabnya mengapa Kementerian Pendidikan (MOE) meluangkan banyak masa dan usaha untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga berkeperluan tinggi bagi memastikan persekitaran rumah dan luaran mereka kondusif untuk belajar.



Demikian dikatakan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam satu wawancara eksklusif bersama Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Berkongsi maklum balas yang diterima daripada guru-guru terutamanya di sekolah rendah, beliau berkata:



"Apabila kanak-kanak kecil mempunyai persekitaran yang positif, mereka akan belajar dengan baik dan pantas.



"Namun, jika mereka sentiasa memikirkan dan rasa resah tentang masalah dan cabaran dalam persekitaran rumah mereka, tidak kira berapa bagus mereka, mereka tidak dapat memberikan tumpuan kerana sering terganggu oleh isu keluarga di rumah."



Oleh itu, dalam pembangunan holistik seorang kanak-kanak, para pendidik tidak hanya memberi tumpuan terhadap pembangunan akademiknya, malah pembangunan sosioemosinya juga.



"Dan ini sebabnya mengapa Covid-19 begitu sukar, bukan disebabkan bahagian akademik... tetapi apa yang amat merisaukan kami semasa Covid-19 ialah pembangunan sosioemosi anak-anak kita," ujar Encik Chan.



Menjelaskan, beliau berkata para pelajar ini bukan sahaja berpelitup, mereka juga tidak mempunyai peluang yang banyak untuk membesar dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka.



"Misalnya, pelajar-pelajar maktab rendah (JC) yang bakal tamat persekolahan mereka, ini merupakan kohort pelajar JC yang selama dua tahun hampir tidak pernah melihat teman-teman mereka tanpa pelitup dan mereka tidak berpeluang merasakan perhimpunan sekolah serta aktiviti sekolah berskala besar," jelas Encik Chan.



Disebabkan ini, beliau berkata kementeriannya sedang cuba sedaya upaya untuk memastikan para pelajar sekolah menengah dapat meneruskan aktiviti pada peringkat kohort agar mereka mempunyai ruang dan peluang membangunkan aspek sosioemosi mereka dan bukan sahaja aspek akademik.



MOE tambahnya, juga sedang berusaha mengadakan semula Sukan Sekolah Nasional secepat mungkin.



"Kami benar-benar berharap ia akan berlaku.



"Bahkan, ia bukan sahaja tentang Sukan Sekolah Nasional semata-mata, bahkan juga persiapan sebelum acara sukan tersebut.



"Kami ingin para pelajar dapat kembali untuk kegiatan kokurikulum (CCA) mereka, sukan luar (outdoor sports) mungkin akan mengambil sedikit masa lagi, tetapi sukan yang boleh memakai pelitup, sekolah-sekolah patut cuba meneruskannya semula," kata beliau.



Aktiviti berskala besar lain seperti perhimpunan sekolah dan ceramah juga patut diteruskan semula agar para pelajar dapat "merasakan semangat kemasyarakatan dan bahawa mereka tidak keseorangan".



Encik Chan turut ditanya tentang peningkatan program seperti Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift).



Beberapa bulan lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan Program Peningkatan Sumber Sekolah Uplift yang dijangka memanfaatkan sekitar 13,000 pelajar.



Encik Lee berkata merapatkan jurang antara pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik dengan rakan sebaya mereka merupakan "misi yang tiada penghujungnya".



Menyentuh hal tersebut, Encik Chan berkata, Singapura sentiasa berusaha meningkatkan golongan di bawah.



"Tidak seperti sesetengah negara lain, kita tidak menetapkan had bagi golongan yang di atas untuk mencapai lebih banyak dan lebih baik... kita biarkan yang atas maju sejauh mungkin, tetapi pada masa yang sama, adalah tugas kami untuk memastikan mereka yang berada di bawah dapat lari bersama agar tidak ketinggalan," jelas Encik Chan.



"Itu sebabnya ia dianggap misi yang tiada penghujungnya kerana apabila kita cuba menaikkan golongan yang di bawah, mungkin ada lagi golongan baru yang akan jatuh ke bawah," tambah beliau.



Beliau turut mengatakan bahawa pelbagai kementerian berganding bahu dalam usaha memastikan kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran keluarga yang kurang bernasib baik dapat dibantu, dengan harapan mereka dapat keluar daripada kepompong tersebut demi masa depan mereka serta generasi seterusnya yang lebih cerah.




KESAN PERSEKITARAN RUMAH KEPADA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



"Apabila kanak-kanak kecil mempunyai persekitaran yang positif, mereka akan belajar dengan baik dan pantas.



Namun, jika mereka sentiasa memikirkan dan rasa resah tentang masalah dan cabaran dalam persekitaran rumah mereka, tidak kira berapa bagus mereka, mereka tidak dapat memberikan tumpuan kerana sering terganggu oleh isu keluarga di rumah."



TIADA HAD BAGI GOLONGAN YANG BAIK MAJU TAPI YANG LEMAH TIDAK DIBIARKAN



"Tidak seperti sesetengah negara lain, kita tidak menetapkan had bagi golongan yang di atas untuk mencapai lebih banyak dan lebih baik... kita biarkan yang atas maju sejauh mungkin, tetapi pada masa yang sama, adalah tugas kami untuk memastikan mereka yang berada di bawah dapat lari bersama agar tidak ketinggalan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >