Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada peningkatan ketara bilangan penumpang pengangkutan awam

Apr 6, 2021 | 5:30 AM
WAKTU SIBUK: Penumpang dalam MRT. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
WAKTU SIBUK: Penumpang dalam MRT. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

BILANGAN penumpang dalam kereta api semasa waktu sibuk pagi semalam tidak meningkat dengan ketara, meskipun ia adalah hari pertama lebih ramai pekerja dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Semalam, pemerintah membenarkan majikan menerima sehingga 75 peratus pekerja kembali ke pejabat pada satu masa berbanding 50 peratus sebelum ini.

Namun, meskipun lebih ramai pekerja dibenarkan kembali ke pejabat, sebahagian besar pekerja masih bekerja dari rumah atau keluar rumah di luar waktu sibuk.

Pemerintah mengumumkan minggu lalu bahawa ia sedang memberikan syarikat-syarikat kelonggaran untuk berganjak dari aturan bekerja dari rumah kepada cara bekerja yang bercampur atau hibrid, di mana pekerja membahagikan masa antara rumah dengan tempat kerja.

Ini bermakna aturan pasukan kerja yang diasingkan, waktu permulaan kerja yang dibeza-bezakan serta aturan kerja dari rumah yang diteruskan dijangka terus menyebabkan peningkatan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam berlaku secar lebih sederhana.

Ada majikan juga yang kini membenarkan pekerja masuk ke pejabat pada waktu yang berbeza.

Sebagai contoh, ada pekerja yang kini dibenarkan masuk ke pejabat pada 10 pagi, meskipun sebelum ini waktu kerjanya bermula pada 9 pagi.

Mereka juga dibenarkan pergi ke pejabat bagi tiga hari seminggu dan bekerja dari rumah bagi baki dua hari.

"Saya rasa ianya (keadaan di MRT) seperti biasa sahaja," ujar Cik Sushma Pillay, 40 tahun, seorang penganalisis perniagaan yang ditemui The Straits Times. "Saya menaiki MRT dari Tampines dan saya masih mendapat tempat duduk," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg