Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN

Terus usaha capai pertumbuhan jangka panjang, mampan

Gan: Dengan luaskan dagang, rebut peluang dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pertingkat perusahaan serta pekerja
mti
Apr 13, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan meneruskan wawasan Ekonomi Singapura 2030 untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang dan mampan, dengan meluaskan perdagangan, merebut peluang dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan serta meningkatkan perusahaan dan pekerja.



Ia juga akan melaksanakan rancangan di bawah Peta Transformasi Industri 2025 untuk mengukuhkan industri dan keupayaan tenaga kerja tempatan, kata Menteri Perdagangan dan Industri, Encik Gan Kim Yong.



Bercakap demikian semasa menggariskan rancangan kementeriannya dalam adendum (kenyataan tambahan) kepada ucapan Presiden Halimah Yacob semasa pembukaan Parlimen, Encik Gan berkata Singapura telah membuktikan kepada peniaga dan pelabur bahawa ia adalah rakan kerjasama boleh dipercayai, berdasarkan cara ia menguruskan pandemik Covid-19.



Oleh itu, pemerintah akan terus meluaskan usaha berdasarkan asas kukuh prasarana yang cekap, keterhubungan luas, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan sekitaran dasar yang menyokong, demi merebut peluang pertumbuhan.



Ini akan dilakukan dengan menggerakkan terus wawasan Ekonomi Singapura 2030 serta melaksanakan rancangan di bawah Peta Transformasi Industri 2025.



"Singapura mesti terus kekal terbuka, mengembangkan ruang ekonomi kita dan terus berhubung dengan peluang pertumbuhan global.



"Walaupun negara lain menga-malkan pendekatan bersifat perlindungan, Singapura akan mengembangkan dan mempelbagaikan aktiviti dan pasaran perdagangan kita, merebut lebih banyak pasaran eksport semula dan pemindahan kapal, dan memantapkan lagi Singapura dalam rantaian bekalan global," ujar Encik Gan.



Inilah cara mengukuhkan kerelevanan Singapura sebagai hab perniagaan global dan menarik kegiatan ekonomi bernilai tinggi serta pekerjaan yang baik.



Encik Gan berkata kementeriannya akan mengukuhkan kerjasama antarabangsa untuk berebut peluang baru yang timbul daripada pertumbuhan Asia dan trend global dalam perdagangan digital dan kemampanan.



"Strategi pertumbuhan kita mesti digandingkan dengan usaha untuk memastikan daya ketahanan ekonomi di tengah-tengah risiko meningkatnya gangguan rantaian bekalan global.



"MTI akan menyelaraskan usaha daya ketahanan rantaian bekalan merentasi pemerintah untuk mendapatkan bekalan kritikal untuk Singapura," ujar Encik Gan.



Selain itu, MTI akan membantu industri Singapura merebut peluang dalam bidang pertumbuhan dan menyokong mereka dalam perjalanan transformasi mereka untuk menjadi lebih produktif dan berdaya saing.



Encik Gan juga berkata pemerintah akan menangani isu sumber karbon, tanah dan hambatan tenaga kerja serta mendapatkan bentuk alternatif tenaga karbon dan menyokong perniagaan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan pengeluaran karbon mereka.



"Kami akan memaksimumkan nilai ekonomi daripada penggunaan tanah perindustrian dan terus menarik bakat global dan ketua yang mempunyai kemahiran yang melengkapi tenaga kerja kami," ujar beliau.



Encik Gan juga menarik perhatian bahawa pekerja yang mudah menyesuaikan diri dan perniagaan yang berkembang penting dalam fasa ekonomi seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >