Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka idea tingkat sokongan pekerja gaji rendah

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



PERIKATAN untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah (LWW) akan membantu menyokong kenaikan gaji dan peningkatan pekerja dengan gaji rendah.



Ia merupakan antara empat bidang utama yang digariskan oleh AfA itu yang merupakan antara 25 AfA pelbagai bidang yang dibentuk sejak setahun lalu bagi bekerjasama dengan rakyat Singapura bagi mewujudkan huraian agar Singapura dapat kekal kukuh selepas pos pandemik.



Bagi mencapai usaha itu, rakyat Singapura dari pelbagai bidang bersatu untuk berbincang dalam Siri Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh (ESC) Singapura Bersama.



Dibentuk pada Oktober tahun lalu, TWG-LWW itu yang meneliti isu pekerja bergaji rendah, dipengerusikan bersama oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon dan timbalan presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) Encik Douglas Foo.



Ia dianggotai 50 individu dari pelbagai latar belakang termasuk wakil-wakil dari kesatuan pekerja, perniagaan, kumpulan masyarakat dan belia.



"Ia bertujuan menyarankan campur tangan dan mekanisme bagi meningkatkan gaji dan kebajikan pekerja bergaji rendah," ujar kenyataan SG Bersama semalam.



Dua lagi bidang ditumpukan AfA itu ialah menggalak sekitaran kerja yang menyokong serta mengukuhkan rasa hormat dan penghargaan dari orang awam bagi pekerja bergaji rendah.



Pada akhir bulan Jun ini, sebanyak empat dari enam bengkel perbincangan bersama telah diadakan untuk mengembangkan projek-projek di bawah AfA itu.



Antara anggota dalam AfA itu ialah setiausaha cawangan di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Monteiro Mohamad Azhar Abdul Aziz yang berharap dapat menggunakan pengalaman peribadinya serta meneroka cara lain dengan skala yang lebih besar untuk membantu para pekerja dengan gaji rendah.



Menurut Encik Monteiro, di tengah-tengah pandemik Covid-19 di mana ramai orang berpeluang bekerja di rumah, ramai pekerja bergaji rendah seperti pegawai keselamatan, pekerja pembersihan, penjaja dan tukang kebun bekerja di barisan hadapan.



"Semasa tempoh ini, ramai antara mereka perlu melakukan kerja tambahan selain daripada tugas harian biasa mereka.



"Sebagai contoh, pekerja pembersihan perlu lakukan kerja pembasmian kuman tambahan terutamanya di tempat yang sering disentuh orang. Bagi mereka yang bekerja sebagai pegawai keselamatan pula mereka mempunyai tugas untuk menjaga pintu masuk dan memastikan orang ramai menggunakan TraceTogether sebelum memasuki sebarang bangunan.



"Jadi saya rasa ini adalah masa yang terbaik untuk kami memberi penghargaan serta membincangkan mengenai bagaimana lagi kita dapat membantu pekerja bergaji rendah kita," kata Encik Monteiro, 30 tahun.



Sering berinteraksi bersama pekerja bergaji rendah, Encik Monteiro memerhatikan bahawa ramai antara mereka tidak diberi penghargaan dan tidak dikenali ramai orang.



Mengulas mengenai satu projek yang beliau jalankan bersama AfA itu, #LetsGreet di laman Instagram My Everyday Hero SG, beliau berkata ia bertujuan untuk memulakan gerakan untuk menghargai pekerja perkhidmatan penting dalam kehidupan seharian kita.



Setelah menjalankan inisiatif perintis dalam skala yang kecil selama dua minggu, Encik Monteiro berkongsi pasukan seramai 10 orangnya telah menerima maklum balas yang baik.



"Dalam inisiatif itu, kami ingin mendekati kakitangan perkhidmatan penting kita.



"Ia adalah satu inisiatif yang kecil tetapi membuat ramai rasa gembira.



"Meskipun kita hanya dapat berbual dan memberi nota yang pendek kepada mereka, pasukan saya dapat melihat bagaimana ia dapat memberi mereka semangat," katanya.



Kata Encik Monteiro, beliau berharap dapat teruskan inisiatif perintis itu setelah menerima maklum balas dan berharap melancarkan inisiatif dengan skala yang lebih besar menjelang Ogos tahun ini.



"Pekerja-pekerja ini bukan sekadar pekerja biasa sahaja. Mereka memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kita.



"Kami berharap inisiatif ini dapat menjadi sesuatu yang kekal dalam masa akan datang dan bukan hanya acara sekali sahaja," katanya.




"Sama ada ia adalah Perbincangan yang Lebih Kukuh atau Perikatan Untuk Bertindak (Afa) atau sama ada kita bercakap mengenai pekerja atau kanak-kanak atau wanita, satu sentimen sering wujud. Warga Singapura inginkan masyarakat yang lebih prihatin, adil dan setara. Dan mereka bersedia memainkan peranan aktif untuk mencapainya. Covid-19, bukan meremehkan gerakan Singapura Bersama, tetapi menguatkan tujuan kami, dan wujudkan keperluan bagi tindakan segera. Pandemik ini telah meyakinkan saya bahawa orang kita mempunyai keyakinan dan kehendak untuk memulihkan dan membina masa depan bersama yang lebih cerah bersama pos Covid-19, dan masa depan ini dapat dicapai."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




ANTARA 25 PERIKATAN UNTUK BERTINDAK (AFA)



AFA TANGANI GANGGUAN DALAM TALIAN DISASARKAN TERHADAP KAUM HAWA



- Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang membentuk AfA ini bagi galak warga bincangkan dan ambil tindakan bagi tangani gangguan dalam talian.



- Menteri Negara Kanan (MCI) Cik Sim Ann telah adakan sesi perbincangan pertama baru-baru ini.



www.imda.gov.sg/digitalforlife/get-started.



AFA BAGI UPLIFT



- Pasukan bertindak antara agensi yang dipengerusikan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman.



- Bertujuan tingkatkan mobiliti sosial dan kukuhkan sokongan bagi pelajar dari keluarga kurang bernasib baik.



- Bekerjasama dengan kementerian dan agensi pemerintah seperti Community Link, KidSTART dan M Kuasa Tiga (M³)



AFA BAGI TEMPAHAN DALAM TALIAN BAGI PENJAJA



- Bertujuan bantu penjaja yang terjejas akibat Covid-19 dapat lebih ramai pelanggan melalui tempahan dalam talian.



- Perbincangan pertama diadakan 17 Jun lalu. Diketuai oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor dan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.



www.sdo.gov.sg/programmes/hawkers-go-digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >