Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh sah surat layak flat HDB dilanjut dari 6 ke 9 bulan

Nov 04, 2023 | 04:04 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melanjutkan tempoh sah semua surat Kelayakan Flat HDB (HFE) sedia ada dan baru dari enam bulan kepada sembilan bulan, untuk memberi lebih banyak masa bagi pembeli flat baru dan jualan semula mendapatkan rumah mereka.

Pelanjutan itu juga akan mengurangkan bilangan permohonan berikutnya selepas surat HFE sedia ada tamat tempoh.

Lanjutan tempoh sah ini akan berkuat kuasa mulai 7 November, kata HDB dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Surat HFE sedia ada akan dilanjutkan kesahannya kepada sembilan bulan dari tarikh surat itu dikeluarkan.

Pemohon yang mempunyai surat HFE sah akan dimaklumkan tentang sambungan automatik itu secara progresif melalui SMS.

Surat HFE memaklumkan pembeli flat HDB jika mereka layak membeli flat baru atau jualan semula, jumlah geran perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang boleh mereka gunakan, serta jumlah pinjaman perumahan HDB yang layak mereka dapatkan.

Surat HFE menggantikan surat Kelayakan Pinjaman HDB sedang HDB berusaha menyelaraskan proses pembelian flat dan memberi pembeli gambaran lebih jelas tentang kos pembelian dan pilihan pembiayaan mereka.

Bagi flat baru, pembeli memerlukan surat ini untuk permohonan mereka semasa pelancaran jualan HDB.

Mereka yang membeli flat jualan semula memerlukan surat itu untuk mendapatkan pilihan membeli daripada penjual, serta apabila mereka menyerahkan permohonan jualan semula kepada HDB.

Sejak pelaksanaan surat HFE pada 9 Mei, HDB telah memproses lebih 65,000 permohonan daripada kedua-duanya, pembeli flat jualan semula dan flat baru. Sebanyak 60,600 permohonan tersebut telah diluluskan dan diberikan surat HFE.

Kira-kira 11,000 pembeli yang mempunyai surat HFE sah telah memohon untuk mendapatkan flat dalam penjualan Bina Ikut Tempahan (BTO) Oktober 2023.

Pembeli flat yang berminat memohon flat pada pelancaran jualan BTO Disember 2023 dinasihatkan supaya memohon surat HFE dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan sebelum 11 November, tambah HDB.

Sekitar sebulan diperlukan untuk memproses permohonan surat HFE selepas HDB menerima semua dokumen yang diperlukan, dan pemprosesan mungkin mengambil masa lebih lama semasa tempoh sibuk seperti pelancaran jualan BTO.

Pada Oktober, HDB mengeluarkan butiran lapan projek yang akan dilancarkan dalam pelaksanaan jualan terakhirnya pada 2023. Ia akan menawarkan kira-kira 6,000 flat di Bedok, Bishan, Bukit Merah, Bukit Panjang, Jurong West, Queenstown dan Woodlands pada Disember.

Dua projek berhampiran stesen MRT Woodlands, flat di perkarangan bekas Pejabat Pos Alexandra di Bukit Merah dan flat Sin Ming pertama dalam lebih 30 tahun juga akan ditawarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >