Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikan baru akan dibangunkan di tanah kosong di Somerset

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



TARIKAN baru akan dibangunkan di tanah kosong Somerset bersebelahan taman papan lungsur atau skate park bertentangan Orchard Gateway.



Pihak berkuasa kini menunggu saranan dari pemaju untuk menawarkan "konsep tarikan dengan pengalaman berlainan dan imersif" bagi tapak tersebut, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memberi kawasan Orchard Road nafas baru yang diumumkan pada 2019.



Dokumen tender yang dikeluarkan Penguasa Tanah Singapura (SLA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata saranan bagi pembangunan yang tidak pernah dilakukan di Asia, Asia Tenggara, Singapura atau Orchard Road akan diutamakan.



Contoh tarikan yang boleh disarankan bagi tapak seluas 4,609 meter persegi- dua pertiga saiz padang bola- termasuk seperti Skyline Luge Sentosa, muzium interaktif seperti Museum of Ice Cream serta pembangunan gaya hidup atau dalam bentuk tarikan semula jadi.



Cawangan runcit yang melengkapkan tarikan tersebut juga boleh disarankan, termasuk pilihan makanan dan minuman.



Pihak berkuasa menambah bahawa tarikan tersebut juga boleh memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung.



Meskipun demikian, pembangunan tersebut tidak boleh digunakan sebagai pejabat, kelab malam, studio kecergasan, gimnasium atau untuk penginapan dan keagamaan.



Sebarang pembangunan perlu meliputi tidak lebih dari 60 peratus tapak tersebut, dengan keluasan lantai maksimum sehingga 2,000 meter persegi dan ketinggian sehingga 20 meter atau sekitar enam tingkat.



Pada 2019, STB, URA dan Lembaga Taman Negara berkata konsep runcit, tarikan, hiburan dan acara akan diperkenalkan bagi setiap kawasan berbeza di Orchard Road, termasuk Tanglin, Orchard, Somerset dan Dhoby Ghaut.



Visi untuk kawasan Somerset adalah sebagai kawasan belia dan hiburan dengan tawaran gaya hidup yang dikhaskan untuk golongan muda.



Pensyarah kanan bidang pelancongan di Politeknik Ngee Ann, Dr Michael Chiam berkata tapak Somerset merupakan lokasi yang baik disebabkan aksesnya yang mudah.



Beliau menyarankan bahawa tarikan yang bakal dibina perlu merangkumi aktiviti berbeza yang dapat memenuhi minat berbeza golongan muda.



Dengan sekatan perjalanan Covid-19 yang dilonggarkan, Singapura perlu mewujudkan tarikan pelancongan baru untuk pelawat antarabangsa, kata Dr Chiam.



"Tidak semua tarikan bakal siap apabila sekatan perjalanan dilonggarkan namun ia sekurang-kurangnya boleh memberikan gambaran kepada pelawat antarabangsa tentang apa yang mereka boleh jangkakan apabila mereka mengunjungi Singapura pada masa depan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >