Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak Raffles Town Club akan dibangun semula bagi perumahan

Kelab harus serah semula tanah kepada negara lepas pajakan tamat Oktober 2026: SLA, URA
Nov 20, 2023 | 08:43 PM



Raffles Town Club perlu mengosongkan premisnya di Plymouth Avenue apabila tempoh pajakannya tamat pada 17 Oktober 2026, dengan tapak itu dijangka digunakan untuk pembangunan kediaman. 

Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata pembangunan semula tapak berhampiran stesen MRT Stevens itu akan menyokong permintaan perumahan pada masa hadapan.

Dua agensi itu menambah bahawa pembangunan semula tanah itu selaras dengan tumpuan pemerintah untuk membangunkan semula tapak ‘brownfield’ sebanyak mungkin untuk memenuhi permintaan tanah pada masa hadapan, termasuk perumahan.


Tapak ‘brownfield’ merujuk kepada tanah yang dilapangkan bagi kegunaan bandar atau perindustrian.


Pembangunan semula tapak itu juga akan “meningkatkan ciri kediaman presint”, dan membolehkan penduduk masa depan mendapat manfaat daripada infrastruktur pengangkutan dan ketersambungan ke bandar dan bahagian lain di Singapura, tambah pihak berkuasa itu.

Raffles Town Club boleh meneruskan operasi di tapak tersebut hingga pajakannya tamat pada Oktober 2026, apabila ia mesti mengembalikan tanah itu kepada negara ini, kata SLA dan URA.

SLA akan bekerja rapat dengan kelab bandar itu mengenai pemulangan tanah tersebut.

Dua agensi itu berkata jika Raffles Town Club ingin meneruskan operasi selepas pajakannya tamat, ia boleh beralih ke hartanah lain yang tersedia dan dimiliki negara.

“Agensi ini akan memberitahu Raffles Town Club mengenai ketersediaan hartanah negara yang sesuai melalui tender terbuka, atau (kelab itu) boleh meneroka pilihan lain di pasaran terbuka,” tambah SLA dan URA.

Dibuka pada Mac 2000, kelab itu mempunyai 14,000 ahli aktif, menurut lamannya.

Kelab tersebut mempunyai kemudahan seperti gimnasium, gelanggang tenis atas bumbung, bilik aerobik dan boling. 

Ia juga menyediakan bilik tetamu untuk penginapan semalaman, dan menempatkan prasekolah. 

Penganalisis hartanah memberitahu The Straits Times lokasi tapak tersebut strategik untuk pembangunan perumahan.


Pegawai eksekutif utama ERA Realty Network, Encik Eugene Lim, berkata tapak tersebut, di persimpangan Whitley Road dan Dunearn Road, dikelilingi plot perumahan yang kebanyakannya privet atau dengan nisbah plot pelan induk sekitar 1.4.

Namun, ada kemungkinan nisbah plot lebih tinggi, seperti 1.6 atau 2.1, akan dibenarkan untuk tapak itu, tambahnya.

Ini akan membolehkan pembangunan lebih tinggi dibina di situ, untuk menjadi mercu tanda di persimpangan itu, kata Encik Lim.

Nisbah plot merujuk kepada berapa kali jumlah keluasan lantai semua bangunan yang dibina melebihi saiz tanah itu sendiri, yang menentukan ketinggian pembangunan yang dibenarkan untuk sebidang tanah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >