Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: INTERVIU DENGAN MENTERI PENDIDIKAN, ENCIK CHAN CHUN SING

Tak faham Matematik SG Bullock? 1+1 tetap 2... tak ada beza

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA menggunakan konsep yang berbeza untuk subjek Matematik dengan mendedahkan pelajar kepada cara penyelesaian yang berlainan, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat pelakon Hollywood terkenal, Sandra Bullock, dalam satu video yang tular di TikTok.



"Pertama saya ingin menjelaskan bahawa apa yang dipanggil Matematik Singapura itu tidak ada.



"1 campur 1 tetap 2 dan bukan 3.



"Tetapi di Singapura, kami menggunakan konsep yang berbeza untuk mendedahkan pelajar kami tentang cara penyelesaian yang berlainan kepada Matematik," ujarnya.



Beliau turut menambah bahawa konsep yang diajar juga dapat dikaitkan dengan kehidupan sebenar.



"Lebih penting lagi ialah mengaitkannya dengan kehidupan sebenar dan apabila dewasa kelak, pelajar mempunyai pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah yang berbeza," katanya lagi.



Dalam video itu, Bullock, selaku tetamu undangan dalam rancangan bual bicara, The Kelly Clarkson Show, telah mengongsi bersama hos, Clarkson, bahawa anaknya mempelajari Matematik baru, yang dipanggil 'Singapore Math' atau Matematik Singapura.



"Itu matematik baru di rumah kami yang saya tidak faham. Saya tidak mencuba memahaminya" ujarnya.



Perkongsian Bullock juga telah menjadi bual bicara dalam kalangan penduduk Singapura yang menyuarakan rasa musykil tentang apa itu 'Matematik Singapura.'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >