Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASYARAKAT GEMILANG 2022 (ICCOS)

Tabung derma bagi banjir di Pakistan disediakan di masjid SG

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA 66 masjid di Singapura kini terlibat dalam usaha pengumpulan dana Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi Pakistan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.



Mulai semalam hingga 14 September ini, tabung derma fizikal diletakkan di kesemua masjid supaya membolehkan jemaah yang berkunjung memberi sumbangan.



Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, berkata:



"Kami mendapat maklum balas khususnya daripada ramai warga emas yang mungkin tidak begitu selesa menderma melalui dalam talian dan mereka mahu menderma melalui tabung-tabung secara fizikal.



"Jadi untuk memudahkan mereka menyebarkan sifat rahmah ini kepada semua orang, kami telah sediakan tabung-tabung itu dengan kerjasama masjid-masjid."



Sebelum ini, RLAF dalam satu kenyataan berkata terdapat beberapa pilihan pembayaran.



Antaranya menerusi PayNow UEN: 200910530ZRLA dengan rujukan 'Pakistan Floods'.



Sambutan daripada masyarakat Singapura, menurut Encik Faizal, menggalakkan dan mereka telah berjaya mengumpul lebih $100,000 sejauh ini.



Beliau menambah bahawa wang yang dikumpulkan akan diserahkan kepada Palang Merah Singapura (SRC) supaya dapat digunakan bagi keperluan mangsa yang terjejas, termasuk makanan, tempat tinggal sementara dan sanitasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >