Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMPADAN: LAUT

Suasana masih perlahan di Terminal Feri Tanah Merah

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN perkhidmatan feri ulang-alik sudah dibuka semula sepenuhnya, suasana di Terminal Feri Tanah Merah masih perlahan, menurut pengendali perkhidmatan itu dan peniaga di situ ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.



Terminal itu menyediakan perkhidmatan feri antara Singapura dengan beberapa tempat di kepulauan Riau, seperti Nongsapura Batam; Tanjung Pinang, Bintan; dan Tanjung Pengelih di Johor.



"Suasana di sini masih perlahan walaupun kebanyakan perkhidmatan di Harbourfront sudah mula operasi sepenuhnya," kata seorang penjual tiket feri Sindo Ferry, yang ingin dikenali hanya sebagai Cik Vithya, 23 tahun.



"Kami lihat ramai pelancong tiba dan berlepas dari sini, kebanyakannya ke resort di Bintan," tambahnya.



Namun peniaga di terminal feri itu pula menjangkakan keadaan akan lebih baik dengan adanya khidmat feri baru dari terminal tersebut ke terminal Desaru Coast di Johor, yang akan mula beroperasi pada 7 Julai.



Namun, buat masa ini mereka belum mempunyai maklumat mengenainya.



Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Desaru Coast Destination Resort dan Desaru Link Ferry Services mengatakan pengendali feri mereka akan menawarkan satu perkhidmatan pergi balik setiap hari dengan feri 330 penumpang antara Khamis dengan Ahad.



Tiket feri akan mula dijual pada 30 Jun.



Cik Vithya juga berkata pusat perkhidmatan mereka belum menerima sebarang maklumat daripada pihak pengurusan tentang hal ini.



"Mungkin apabila dekat harinya nanti barulah kakitangan barisan hadapan seperti kami di kaunter ini akan tahu tentang perkhidmatan yang bakal disediakan," ujarnya.



BH menerima jawapan sama daripada pengendali perkhidmatan feri lain di Tanah Merah, seperti Batam Fast dan Majestic Ferry services.



Seorang pengurup wang di terminal tersebut, Encik Ismail Mohd Anuar, berkata beliau menaruh harapan tinggi memandangkan kebanyakan perkhidmatan sudah mula semula sepenuhnya.



"Cuma, Harbourfront pun dah dibuka semula sepenuhnya dan saya agak-agak 60 hingga 70 peratus pelancong dah lari ke sana.



"Di sini, ramai pelancong nak ke kawasan pedalaman seperti Tanjung Pinang dan resort. Tapi keadaan sudah agak baik kalau dibandingkan pada waktu pemutus litar (jangkitan Covid-19)," ujar Enck Ismail.



"Saya berharap bisnes bagi perniagaan kecil seperti kami ini meningkat selepas ini, dengan banyak lagi pelancong akan turun ke Tanah Merah apabila perkhidmatan antara Singapura dan Desaru bermula nanti.



"Cuma buat masa ini kami masih belum menerima banyak maklumat tentang perkhidmatan feri antara Singapura dengan Desaru.



"Saya harap semuanya baik-baik sahaja dan semoga perancangan itu akan berjalan dengan lancar," tambah Encik Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >