Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sedang teliti kajian vaksinasi bagi kanak-kanak bawah 5 tahun

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang meneliti kajian yang dijalankan di luar negara untuk melihat sama ada vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak antara kumpulan umur 0 hingga empat tahun diperlukan, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



"Sehingga kini, terdapat usaha yang dijalankan untuk melihat apakah jumlah dos dan jarak pemberian yang sesuai buat kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, tetapi (kajian) itu belum lagi diselesaikan lagi," katanya kepada akhbar The Straits Times (ST) semalam.



"Jadi ia tidak wajar untuk kami melancarkan vaksin itu kepada kumpulan umur kanak-kanak ini sehingga ujian tersebut sudah selesai.



Dr Janil menambah:



"Apa yang kami perlu tahu adalah ia (vaksin) berkesan buat mereka, dan ia juga akan berjaya menawarkan keimunan yang ketara... Jadi kami harus menunggu kajian itu untuk menunjukkan keputusan yang wajar, dan dengan itu kami akan tahu perkara sebaiknya yang perlu dilakukan."



Beberapa jenis vaksin lain yang diberikan kepada kanak-kanak kecil sehingga kini membuktikan keberkesanan yang baik terhadap golongan tersebut dan mereka juga menerima manfaat daripada perlindungan yang ditawarkan vaksin-vaksin itu, kata Dr Janil lagi.



Beliau juga menjelaskan bahawa pemberian vaksin bermula dengan orang dewasa dahulu sebelum diberikan kepada golongan usia lebih muda.



"Semua vaksinasi melalui putaran ini," katanya, sambil menambah bahawa kajian dilakukan kepada orang dewasa dahulu untuk menunjukkan bahawa ia selamat sebelum memperluaskan usaha vaksinanasi kepada berjuta-juta orang dewasa lain dan kemudian melakukan kajian lanjut dengan mereka.



Setelah itu, ia diikuti dengan lebih banyak percubaan yang dijalankan kepada golongan dewasa yang lebih muda sebelum melibatkan kanak-kanak.



"Perbezaan dari segi saiz antara seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan seorang kanak-kanak berusia empat tahun amat besar sekali. Tetapi di dalam tubuh badan mereka pula, bagaimana badan mereka mengendali dos (vaksin) itu juga berbeza. Jadi kami perlu mengenal pasti apa dos serta jarak waktu yang sesuai (buat mereka)," katanya.



Dr Janil menambah kajian adalah penting dalam menjamin keselamatan penggunaan vaksin sambil menambah ia juga menyumbang kepada perkembangan penggunaan vaksin yang boleh diberikan kepada golongan lebih muda.



"Bagi ibu bapa hari ini, jika anda mempunyai anak berusia lima atau enam tahun, anda pasti akan ingat membawa anak-anak anda untuk menerima suntikan BCG, MMR dan DTP - semua vaksin itu diberikan dalam tempoh 18 bulan pertama hidup mereka (sekarang)," kata Dr Janil lagi.



Suntikan BCG merujuk kepada Bacillus Calmette-Guerin yang melindungi diri daripada batuk kering, MMR pula melindungi diri daripada sakit campak, beguk dan rubela dan DTP pula adalah vaksin bagi difteria, tetanus dan pertusis - iaitu jenis-jenis penyakit bakteria.



Dr Janil menambah:



"Apa yang kita tidak sedar adalah apabila kita membesar, kita mungkin menerima vaksin-vaksin itu pada usia lima atau 12 tahun di sekolah, namun secara dasarnya, kajian menunjukkan bahawa anda boleh menerima vaksin itu pada usia yang lebih muda lagi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >