Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Jerman bincang kerjasama strategik tangani cabaran global

Ia termasuk sokongan dagangan bebas, pertingkat daya tahan rantaian bekalan
Dec 15, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, telah mengadakan pertemuan kelmarin, dengan kededua pemimpin membincangkan bagaimana Singapura dan Jerman boleh bekerjasama sebagai rakan strategik untuk menangani cabaran global.



Ini termasuk menyokong perdagangan bebas, meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, dan mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara, kata Setiausaha Akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin.



Cik Chang berkata kedua-dua pemimpin menegaskan bahawa hubungan dan kerjasama Asean dengan Kesatuan Eropah merupkakan strategi yang penting.



Encik Lee dan Encik Scholz turut menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean dan Kesatuan Eropah di Brussels, Belgium, semalam bersama pemimpin negara dalam kedua-dua kumpulan serantau itu.



Pertemuan dua hala di Kieler Yacht Club di Kiel, sebuah pusat pembinaan kapal utama yang menempatkan armada Baltik Tentera Laut Jerman, adalah yang kedua antara kedua-dua pemimpin dalam jangka masa sebulan, berikutan lawatan Encik Scholz ke Singapura bulan lalu.



Selepas pertemuan itu kelmarin, kedua-dua pemimpin telah ke limbungan Thyssenkrupp Marine Systems (TKMS) dengan menaiki bot bagi majlis pelancaran dua kapal selam terbaru Singapura.



Kapal-kapal selam baru, Impeccable dan Illustrious yang direka khas itu merupakan yang kedua dan ketiga daripada empat bot kelas Invincible.



Encik Lee berkata, kededua kapal selam itu lebih pantas dan senyap serta mempunyai lebih banyak kuasa tembak dan ketahanan berbanding dari yang pernah dikendalikan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) sebelum ini.



Berucapan semasa acara pelancaran kapal-kapal tersebut, Encik Lee telah mengucapkan terima kasih kepada Encik Scholz kerana bertemu dengannya di Kiel dan menghadiri pelancaran tersebut.



Beliau menyatakan bahawa sebagai sebuah negara maritim, Singapura sangat bergantung pada pergerakan bebas dan tanpa halangan untuk kemakmuran dan kelangsungan kehidupan.



Kapal selam juga memberikan keupayaan tambahan kepada tentera laut untuk memastikan jalur komunikasi laut terbuka, tambahnya.



"Saintis dan jurutera pertahanan kita telah bekerjasama rapat dengan tkMS dalam segi desain dan sistem supaya memenuhi keperluan kita," kata Encik Lee, menulis di Facebook semalam.



Awal dari itu, Encik Lee berkata hubungan pertahanan antara Singapura dengan Jerman semakin kukuh dan berkembang dengan Singapura menjadi tuan rumah kepada kapal frigat Jerman, FGS Bayern dan Eurofighters, serta kapal tangki Tentera Udara Jerman untuk penempatan serantau mereka buat julung-julung kalinya tahun ini.



Cik Chang berkata apabila para pemimpin bertemu, mereka juga mengesahkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan cemerlang antara kededua negara, khususnya dalam kerjasama pertahanan dan ekonomi.



Mereka juga menyatakan hasrat bersama untuk mencapai kemajuan dalam bidang kepentingan bersama seperti dalam inovasi, perubahan iklim, tenaga yang boleh diperbaharui dan ekonomi hijau.



Encik Scholz pula berkata Singapura adalah rakan strategik penting untuk dasar keselamatan Jerman.



"Rantaian bekalan banyak bergantung kepada laluan laut terbuka dan laluan perdagangan.



"Selat Singapura adalah salah satu laluan laut yang paling penting, dan tidak perlu diperjelaskan bagi negara-negara yang mempunyai pelabuhan utama bahawa kebebasan laluan laut mesti dikekalkan dan undang-undang antarabangsa dipatuhi," katanya.



Beliau menambah kepelbagaian hubungan perdagangan dan rantaian bekalan penting, manakala keselamatan dan kestabilan di Indo-Pasifik memastikan aturan antarabangsa dapat dikekalkan.



Encik Scholz juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan Singapura kepada Ukraine menentang pencerobohan Russia.



"Kami gembira mempunyai rakan kongsi yang kuat dalam mempertahankan aturan antarabangsa yang berasaskan undang-undang di Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >