Membariskan beberapa nama hebat pesilat antarabangsa seperti juara dunia, Sheik Farhan, Iqbal Abdul Rahman dan Nurul Suhaila, pasukan silat Singapura akan masuk gelanggang Kejohanan Pencak Silat Asia mulai 9 hingga 12 November dengan skuad terbesarnya dalam misi memburu takhta keseluruhan pertandingan.
Edisi ketujuh Kejohanan Asia itu bakal berlangsung di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), iaitu buat julung kalinya ia diadakan di negara Timur Tengah.