Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura akan terus labur dalam pendidikan seni: DPM Wong

Sep 03, 2023 | 03:17 PM



Pelaburan Singapura dalam pendidikan seni akan diteruskan untuk memenuhi keperluan profesional kreatif yang semakin meningkat dalam ekonomi dan menyediakan pelbagai laluan untuk rakyat cemerlang berdasarkan aspirasi dan kebolehan mereka.

Bercakap di acara makan malam mengumpul dana pada Sabtu untuk menandakan ulang tahun ke-85 Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata bahawa pemerintah telah melabur lebih banyak dalam seni sejak beberapa tahun yang lalu.

Sebagai contoh, dengan Universiti Seni Singapura yang akan dibuka pada Ogos 2024.

Universiti privet yang disokong pemerintah itu akan dibentuk hasil pakatan antara Maktab Seni Lasalle dengan Nafa.

Calon boleh mula memohon mulai suku ketiga 2023.

Encik Wong berkata beliau terlibat dalam perbincangan mengenai universiti pertama Singapura yang memberi tumpuan kepada seni semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan.

Beliau menambah bahawa kepimpinan di kedua-dua institusi akur akan merit bekerjasama dan percaya kepada wawasan yang dikongsi bersama – untuk membangunkan pendidikan seni Singapura yang berbeza daripada yang lain.

“Kami akan terus mengkaji lebih banyak cara untuk mengukuhkan seni di Singapura, termasuk meningkatkan akses kepada seni dan menyediakan sokongan yang lebih baik untuk artis Singapura,” kata Encik Wong, sambil menambah bahawa arena seni dan budaya kini mempunyai identiti Singapura yang tersendiri.

“Artis kita membantu memberi ekspresi kepada budaya Singapura. Contohnya, apabila Orkestra Cina Singapura membuat persembahan, orang ramai boleh segera tahu bahawa ia tidak sama dengan orkestra dari China – ada sesuatu yang tersendiri tentang gaya dan susunan muzik,” tambah beliau.

Di acara yang diadakan di Capella Singapore yang dihadiri 300 tetamu, Encik Wong berkata Nafa telah memainkan peranan penting dalam mempamerkan seni Singapura dan Asia Tenggara kepada dunia, melalui banyak perkongsian dan kerjasama antarabangsa.

Ia juga telah melancarkan arkib hidup seni kontemporari Asia, sebuah platform untuk penyelidikan, akademik dan latihan.

Pada 2024, ia akan menempatkan artis Singapura dan Asia Tenggara yang ditaja di studionya di Paris, lantas membolehkan mereka menjalin rangkaian dan bertukar idea dengan masyarakat seni global.

“Tanpa Nafa, arena seni dan budaya di Singapura tidak akan sama hari ini,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >