Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan dipertingkat bagi bekas pesalah dadah, keluarga di utara

Sana tubuh pusat bersepadu Step-Up@Northwest di Kelab Masyarakat Ace The Place di Woodlands
May 15, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat bersepadu yang menjalankan program rintis untuk memberi sokongan dipertingkat kepada bekas penyalah guna dadah dan keluarga mereka di Woodlands, Marsiling dan Admiralty dirasmikan semalam.



Kumpulan itu boleh pergi ke pusat tersebut antara lain untuk mendapatkan bantuan kewangan, tempat tinggal, kaunseling dan sokongan pemulihan.



Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) berkata pusat itu - Step-Up@Northwest di Kelab Masyarakat Ace The Place di Woodlands - telah mendekati hampir 300 bekas pesalah dadah dan keluarga mereka, walaupun ia dimulakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 pada Julai 2020.



Pusat itu ialah yang ketiga ditubuhkan Sana dan memperluas usaha persatuan itu memberi sokongan dalam masyarakat kepada pesalah dan keluarga mereka.



Pusat pertama, Step Up@Sengkang, ditubuhkan pada 2015, sementara yang kedua, Step-Up@Taman Jurong, pada 2019.



Bercakap di pelancaran Step-Up@Northwest semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Professor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata pengalaman semasa tempoh rintis menggalakkan dan beliau berharap lebih ramai orang yang memerlukan bantuan menggunakan khidmat yang disediakan di situ.



Pusat Step-Up@Northwest terletak di tingkat lima Kelab Masyarakat Ace The Place, dua minit dari Stesen MRT Woodlands South. Ia dibuka setiap Rabu dari 2 petang hingga 9 malam.



Dr Faishal berkata Sana mempunyai rancangan memperluas jangkauan pusat itu ke kawasan lain di daerah Northwest.



Dalam satu kenyataannya, Sana berkata semasa mula berkhidmat di tengah-tengah penularan Covid-19 pada Julai 2020, pusat itu terpaksa menggantikan usaha fizikal dan mendekati klien menerusi panggilan telefon.



Ia juga menganjurkan sesi sokongan berkumpulan secara maya bagi klien yang memerlukan sokongan kaunseling.



Berbanding pusat Step-Up di Sengkang dan Taman Jurong yang bekerjasama dengan badan masyarakat serta pertubuhan khidmat sosial, pusat terkini itu memanfaatkan kerjasama pihak akar umbi dan pertubuhan relawan berasaskan masyarakat Path-I-Choose (PIC), yang mendampingi penduduk Woodlands dan Admiralty sejak 2018.



"Sana boleh menggembleng tenaga daripada rangkaian akar umbi dan menggunakan pengalaman PIC, yang telah bekerjasama dengan bekas pesalah dan keluarga mereka yang tinggal di Woodlands.



"Kelab Masyarakat (CC) Woodlands pula menyokong projek rintis Sana ini dengan mengadakan lokasi khusus bagi Sana menyediakan khidmat walk-in (masuk terus) bagi klien.



"Apabila Sana terpaksa mencari lokasi alternatif semasa CC Woodlands menjalani ubah elok, CC Ace The Palace menawarkan ruang bagi Sana menjalankan operasi di sana."



Sana mengatakan ia bercadang meneruskan usaha bekerjama dengan pelbagai rakan kongsi masyarakat di kawasan Northwest untuk menjalankan program pemulihan dan pencegahan bagi belia berisiko dan orang yang sedang menjalani pemulihan serta keluarga mereka.



Pengarah Eksekutif Sana, Encik Abdul Karim Shahul Hameed, berkata: "Step-Up @Northwest mewakili usaha khusus Sana untuk mendekatkan khidmat kami kepada orang yang sedang menjalani pemulihan dan keluarga mereka yang memerlukan sokongan.



"Sana terdorong oleh sokongan kuat yang diterima daripada rakan kongsi masyarakat, yang komited memainkan peranan dalam membantu bekas pesalah mengubah hidup mereka dan hidup bebas dadah."




"Sana boleh menggembleng tenaga daripada rangkaian akar umbi dan menggunakan pengalaman PIC (badan relawan masyarakat Path-I-Choose), yang telah bekerjasama dengan bekas pesalah dan keluarga mereka yang tinggal di Woodlands. Kelab Masyarakat Woodlands pula menyokong projek rintis Sana ini dengan mengadakan lokasi khusus bagi Sana menyediakan khidmat walk-in (masuk terus) bagi klien."
- Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Professor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




"Step-Up @Northwest mewakili usaha khusus Sana untuk mendekatkan khidmat kami kepada orang yang sedang menjalani pemulihan dan keluarga mereka yang memerlukan sokongan.

"Sana terdorong oleh sokongan kuat yang diterima daripada rakan kongsi masyarakat, yang komited memainkan peranan dalam membantu bekas pesalah mengubah hidup mereka dan hidup bebas dadah."

- Pengarah Eksekutif Sana, Encik Abdul Karim Shahul Hameed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >