Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim sokongan kewangan sementara beri peluang pekerja bangkit lebih yakin: Zaqy

Skim sokongan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhentikan beri ruang dan peluang pertimbang kerjaya masa depan
Aug 21, 2023 | 07:47 PM



Gelombang automasi dan transformasi digital kian mengubah landskap pekerjaan, menjadikan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran lebih rendah semakin lapuk dan berkurang.

Justeru, pencari kerja perlu menggarap peluang mempertingkat kemahiran atau meraih kemahiran baru dan mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor membangun bagi menjamin masa depan kerjaya mereka.

Namun, peruntukan masa dan tenaga bagi usaha mempertingkat kemahiran ini lebih mencabar bagi pekerja bergaji rendah yang diberhentikan kerja, memandangkan terdapat keperluan segera untuk mencari pendapatan stabil bagi menyara hidup dan keluarga.

Skim sokongan kewangan sementara yang kini diusahakan pemerintah diharap dapat memberi golongan pekerja yang diberhentikan peluang dan ruang untuk bangkit semula dengan lebih yakin dan berkemahiran, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Skim sokongan kewangan sementara yang diperuntuk bagi pekerja yang diberhentikan itu diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada Ahad.

Menurut Encik Lee, ia bertujuan mengurangkan tekanan kewangan individu yang sedang mencari kerja serta membantu mereka menyara hidup keluarga.

“Bagi mereka yang berpendapatan rendah, mereka perlukan gaji yang stabil dan ini menjadi hambatan mereka.


“Jika mereka perlu membuat komitmen untuk dapatkan ijazah atau kemahiran baru, ini mempunyai kesan langsung terhadap pendapatan mereka dan ini menjejas kehidupan keluarga.


“Ramai yang ingin cepat mendapat pekerjaan lain kerana terdesak disebabkan komitmen dari segi bayaran rumah, sekolah anak dan sebagainya,” katanya.


Tambahnya, melalui skim itu, mereka diharap dapat mempertimbangkan peluang lebih baik dan sesuai untuk tempoh jangka panjang.


Dengan maklum balas yang diterima melalui usaha pendekatan ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ atau Forward SG, pemerintah kini mencari jalan memberi sokongan lebih mantap bagi pekerja supaya mereka dapat mencari pekerjaan lebih baik dalam sektor membangun, kata Encik Zaqy.


Pada masa yang sama, badan-badan Melayu/Islam (MMO) turut bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti SkillsFuture dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) bagi membantu masyarakat memastikan kemahiran mereka kekal relevan.

Namun, selain skim yang disediakan, Encik Zaqy menekankan pentingnya kesedaran serta komitmen tinggi pekerja untuk terus mempertingkat kemahiran demi menjamin masa depan mereka.

“Skim dan inisiatif pemerintah cukup penting, tapi yang lebih penting, adakah mereka (pekerja) bersedia peruntuk masa (untuk pertingkat kemahiran)?

“Ini kerana untuk meraih kemahiran baru dan mencari pekerjaan baru, ia memerlukan komitmen tinggi dari individu itu sendiri,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >