Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES TAHANAN ISA

Shanmugam: Penangkapan trend membimbangkan

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam bertemu wartawan di Agensi Sains dan Teknologi Home Team semalam untuk menjawab beberapa soalan mengenai penahan remaja berusia 16 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



SOALAN: Apakah pandangan anda tentang kes ini?



JAWAPAN: Ini perkembangan yang membimbangkan.



Ini kes pertama melibatkan pelampau sayap kanan yang menyasarkan Muslim... seorang remaja 16 tahun... yang mendapat inspirasi daripada (Brenton) Tarrant, lelaki yang menyerang masjid di Christchurch, New Zealand, dua tahun lalu.



Adalah membimbangkan juga... Sejak 2015, kami telah menangkap tujuh orang bawah 20 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Empat ditahan manakala tiga lagi dikenakan Arahan Sekatan.



Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) amat berkesan mengenal pasti individu (pelampau) ini, dengan serangan belum berlaku. Namun, mereka hanya perlu berjaya sekali tetapi ISD perlu berjaya setiap kali.



Sejauh ini, keadaan aman dan orang ramai boleh hidup seperti biasa kerana ISD amat berkesan.



Tapi bagaimana boleh kami mencari atau mengenal pasti setiap individu yang ingin melakukan sesuatu seperti itu?



Saya telah meminta ISD dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) mendekati pertubuhan agama agar lebih berwaspada... dan makluman juga telah dikeluarkan kepada pertubuhan agama untuk mengukuhkan persediaan krisis agar mereka lebih berjaga-jaga.



Di satu pihak, terdapat isu di Timur Tengah, dengan pengganas yang menggunakan nama Islam untuk melakukan perkara yang tidak terkata dan melanggar (ajaran) Islam.



Ramai ulama Islam akan berkata ini tiada kena-mengena dengan Islam dan mereka bukan Muslim sebenar.



Sementara itu, ada juga manifesto berbaur benci daripada sayap kanan.



Ini telah menyebar ke seluruh dunia, dalam kumpulan kecil. Dan Tarrant mendorong remaja lelaki yang ditahan ini.



Adalah sedih keadaannya begini sekarang... dan ini sudah menyelinap masuk ke Singapura.



Penduduk kita mempunyai keyakinan... dan (pemerintah) akan melindungi anda, tidak kira sama ada anda Muslim atau Kristian.



Kami akan memastikan tiada keganasan dan ini jaminan yang pemerintah sentiasa berikan.



SOALAN: Bagaimana pemerintah akan dekati masyarakat Kristian tentang isu seperti ini, dengan banyak tumpuan diberi kepada ekstremisme Islam sebelum ini?



JAWAPAN: Kementerian saya dan kementerian lain telah mendekati semua masyarakat agama - Kristian, Hindu, agama Buddha dan Muslim - secara kerap.



Kami sentiasa menghubungi mereka... tentang bagaimana untuk memelihara keharmonian kaum dan agama di sini.



Kami telah memaklumkan pertubuhan agama dan pemimpin agama di sini dalam konteks ini. Mereka terkejut, seperti anda.



Namun, kami bertuah pemimpin dan pertubuhan agama kita tampil memaparkan perpaduan apabila sesuatu seperti ini berlaku.



SOALAN: Dengan trend membimbangkan tentang orang muda yang menjadi radikal dan ditahan di bawah ISA, adakah rancangan untuk meningkatkan usaha mendekati orang ramai menerusi kementerian pendidikan (MOE) dan MCCY?



JAWAPAN: MOE dan MCCY sedar tentang hal ini.



Banyak usaha yang dilakukan, jadi ia adalah antara sebab kenapa kalau dibandingkan di negara lain, hal ini berkurangan di sini.



Tetapi, ada arus ini yang mendatang. Saya mahu bersikap realisitik tentang ini.



Kita akan melakukan yang terbaik, masyarakat akan melakukan yang terbaik, ibu bapa melakukan yang terbaik.



Namun, anda harus menjangkakan yang disebabkan ia ketara di tempat lain, di merata agama - bukan hanya satu agama khusus - anda harus menjangkakan pengaruh ini akan semakin menyelinap.



Kita hanya boleh melakukan terbaik untuk mencuba dan memastikan kita tidak dibebani.



SOALAN: Bagaimanakah kes ini akan meninggalkan kesan pada pendekatan pemulihan singapura sekarang, memandangkan pendekatan negara ini selalunya lebih cenderung kepada kes pelampau Islam?



JAWAPAN: Pendekatan pemulihan semula adalah tetap, tidak kira anda Muslim atau Kristian.



Pendekatan kita, harapan kita, ialah untuk mendapatkan ketua agama berbicara dengan remaja ini dan harap-harapnya, mendapatkan dia untuk memahami bahawa ini bukanlah agama Kristian dan dia di laluan yang memudaratkan masyarakat.



Kita berharap dia akan memahami ini.



Sama juga untuk belia Muslim yang kita kesan, dan bukan hanya belia, tetapi umumnya sesiapa sahaja yang dikesan, kita akan bercakap dengan mereka, ketua agama akan bercakap dan kaunsel mereka dan ini sebabnya Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) banyak membantu.



Dan ramai mereka telah memahami, menolak keganasan dan telah kembali kepada masyarakat.



Jadi ini adalah harapan kita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >