Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Kesejahteraan mental isu penting di sebalik Covid-19

May 02, 2021 | 05:30 AM



DENGAN banyak kawalan pergerakan gara-gara Covid-19 yang membebankan orang di seluruh dunia, kesejahteraan mental akan menjadi isu penting dan akan diberi lebih perhatian, kata Menteri Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang Encik K. Shanmugam semalam.



Di Singapura, terdapat aspek yang berbeza dalam menangani masalah ini kerana lingkungan kehidupan kota, gaya hidup yang sibuk, dan juga keadaan penduduk yang menua, kata beliau.



"Ini adalah sesuatu yang kita semua harus terlibat secara aktif," kata Encik Shanmugam, yang telah menyertai anggota lembaga amal Caregivers Alliance Limited (CAL) dalam acara berjalan kaki di Kebun Bunga bersama haiwan peliharaan.



Acara itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan cabaran yang dihadapi pengasuh bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental.



Ia juga bertujuan mengumpulkan dana untuk CAL, yang menyediakan program latihan percuma untuk pengasuh.



Sumbangan tersebut akan membolehkan badan amal itu terus memberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada pengasuh dan membantu mengembangkan beberapa program baru, termasuk kursus untuk pengasuh yang lebih muda dan pengasuh penghidap demensia.



Ketua perhubungan CAL, Tricia Lee, memberitahu akhbar The Straits Times:



"Kami pasti melihat peningkatan permintaan untuk kursus. Di kalangan pengasuh kami, lebih ramai kini mengalami krisis di rumah."



Tinjauan yang dijalankan ST pada Mac lalu terhadap 1,000 orang mendapati bahawa satu daripada tiga orang merasakan kesejahteraan mental telah bertambah buruk sejak tempoh pemutus litar selama lapan minggu setahun yang lalu.



Agensi pencegahan bunuh diri Samaritans of Singapore (SOS) telah menerima 39,492 panggilan yang berkaitan krisis bunuh diri tahun lalu, satu peningkatan 18 peratus.



Mengenai kesan yang disebabkan oleh koronavirus terhadap kesihatan mental, Encik Shanmugam berkata:



"Manusia adalah makhluk yang bersosial dan ketika anda tidak dapat bersosial seperti yang anda lakukan (sebelumnya), ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sebahagian orang," ujarnya.



Secara lebih luas, golongan muda di sini menghadapi tekanan harian, sama ada di sekolah atau di tempat kerja, kata beliau.



Orang tua pula kini hidup lebih lama dan mungkin menghadapi masalah demensia.



Encik Shanmugam menambah: "Ramai di antara kita akan mengenali orang-orang dalam keluarga kita, seseorang (yang) mempunyai masalah... Saya rasa sebagai anggota masyarakat, kita perlu melakukan lebih banyak lagi."



Kempen kempen CAL, yang disebut Walk for Mental Wellness, sudah melebihi sasaran $250,000, yang akan dipadankan sedolar bagi setiap dolar oleh pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >