Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Hubungan dan kerjasama pasukan polis serantau baik

Aug 15, 2022 | 08:17 PM



HUBUNGAN antara pasukan polis di rantau ini adalah baik dan mereka bekerjasama dengan baik apabila bantuan diperlukan.


Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Isnin (15 Ogos) semasa beliau bercakap mengenai kes satu pasangan yang didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah membabitkan barangan tidak dihantar bernilai $32 juta.


Pasangan itu, warga Singapura Pi Jiapeng, 26 tahun, dan warga Thailand, Pansuk Siriwipa, 27 tahun, melarikan diri Singapura pada 4 Julai, tetapi ditahan di Malaysia dan dibawa ke sini pada 11 Ogos.

Mereka telah didakwa di mahkamah.


“Saya sering berkata sebelum ini: satu, jika anda telah melakukan kesalahan, anda mungkin ditangkap; dua, apabila anda ditangkap, jika anda bersalah, maka fakta mungkin ditemui dan dibentangkan, dan anda mungkin didapati bersalah; dan tiga, anda mungkin menjalani hukuman itu,” katanya.


“Pasukan polis kita mempunyai hubungan amat baik dengan pasukan polis serantau. Mereka menggunakan petunjuk dan bekerja rapat dengan rakan serantau mereka.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >