KEUPAYAAN Singapura menangani isu pengganasan bukan hanya bergantung pada rangka kerja undang-undang, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi juga pada asas penting termasuk hubungan antara masyarakat yang baik dan memberi setiap orang peluang untuk berjaya, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam.
Ini juga di samping perisikan yang baik dan pendekatan sifar toleransi terhadap pengganasan, tambah Encik Shanmugam, kepada media sempena dua dekad selepas serangan pengganasan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.