Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Semangat perayaan terasa di Geylang, Kg Glam

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



MENJELANG beberapa hari sahaja sebelum Ramadan, semangat perayaan sudah terasa di dua lokasi utama bazar di pulau ini.



Bazar Raya di kawasan Kampong Glam sudah bermula sejak Rabu lalu dan bazar Raya di Geylang Serai pula baru dilancarkan pada Jumaat, seiring dengan penyalaan lampu di kawasan itu.



Tahun 2023 merupakan tahun gemilang untuk semua yang menyambut perayaan ini, setelah tiga tahun masyarakat Melayu di Singapura menyambut Hari Raya secara kecil-kecilan akibat penularan Covid-19.



Ini merupakan sambutan bazar yang terbesar bagi kedua-dua bazar di Geylang Serai dan juga Kampong Glam.



Pengunjung dapat menikmati pelbagai aneka makanan, daripada hidangan tradisional kepada makanan moden dan fusion.



Bazar Raya tahun ini berusaha untuk menyemarakkan lagi Hari Raya Aidilfitri dan juga berharap dapat menarik semua lapisan masyarakat dalam sambutan yang meriah ini.



Dengan kelonggaran sekatan Covid-19 kini, Singapura melihat lebih ramai pelancong dan bazar-bazar ini menjadi antara tempat tarikan bagi mereka kunjung pada minggu-minggu seterusnya.



Semangat sambutan Hari Raya tahun ini amat menyerlah kerana kedua-dua bazar telah melancarkan bazar itu minggu sebelum ketibaan Ramadan.



Bagi bazar Raya Geylang Serai, ini adalah tempoh bazar mereka yang paling lama, iaitu 36 hari.



Bazar raya Kampong Glam pula akan berakhir seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, supaya peniaga juga boleh rehat dan bersiap sedia menyambut perayaan itu.




BAZAR RAYA UTAMA DI S'PURA



BAZAR RAYA GEYLANG SERAI



  • 17 Mac hingga 21 April

  • Dibuka setiap hari 10 pagi hingga 11.59 malam

  • Tempoh paling lama yang pernah dianjurkan - 36 hari

  • 700 gerai beroperasi, termasuk 150 gerai makanan dan minuman

  • Dibahagikan kepada dua bahagian: Souq City (terletak di Wisma Geylang Serai), dan Street Bazaar (hadapat Pasar Geylang Serai, Kompleks Joo Chiat, sepanjang Geylang Road dan di sebahagian tempat letak kereta di belakang Kompleks Tanjong Katong)

  •  Semua gerai F&B akan tawar makanan cemilan serendah $4

BAZAR RAYA KAMPONG GLAM - RAIKAN CAHAYA RAMADAN/GLAM EID



  • 15 Mac hingga 16 April

  • Lebih 150 gerai

  • Tujuh zon

  • Hampir 1,000 tempat duduk disediakan

  • Terdapat ruang mezanin dua tingkat

  • Pertunjukan lampu dron akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad di 45 Sultan Gate pada 8 malam dan 10 malam

  • Pancaran lampu di Masjid Sultan akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad pada 8.30 malam dan 10.30 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >