Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 700 gerai bazar Raya WGS telah ditempah sejauh ini

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 700 gerai di Bazar Hari Raya Wisma Geylang Serai (WGS) tahun ini telah disewakan kepada peniaga, dengan 150 daripadanya adalah gerai makanan dan minuman (F&B).



Jumlah ini adalah 10 kali ganda lebih banyak berbanding bazar tahun lepas di mana hanya 70 gerai beroperasi disebabkan sekatan Covid-19.



Malah, seorang jurucakap WGS berkata ia masih lagi menerima pertanyaan daripada bakal vendor yang berminat untuk menyewa gerai di bazar tahun ini.



Dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata beliau gembira kerana 90 peratus daripada gerai F&B telah dapat disewakan.



"Jumlah minat dan maklum balas untuk gerai runcit adalah tinggi dan kami menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat menjelang pembukaan bazar.



"Semua gerai makanan dan minuman akan memastikan menawarkan snek cemilan berharga serendah $4. Ini adalah untuk menjadikan pilihan makanan lebih mudah diakses oleh semua orang," ujar Dr Faishal, yang juga Penasihat Utama WGS.



Bazar tahun ini juga mempunyai kawasan permainan untuk kanak-kanak, kawasan untuk hiburan dan juga ruang makan, tambahnya.



Selain itu, bazar tersebut memberi peluang kepada orang ramai menyumbang kembali kepada masyarakat.



Sebuah ruang khas yang dipanggil Community Shelve atau Rak-Rak Masyarakat akan disediakan bagi masyarakat awam menyumbang barangan keperluan sempena perayaan.



Barangan seperti baju Raya terpakai yang masih elok kemudiannya boleh digunakan semula khususnya bagi golongan yang lebih memerlukan.



Kunjungan BH ke sekitar WGS mendapati khemah bazar serta hiasan lampu Raya di sepanjang Geylang Serai sudah pun dipasang bagi menyambut kedatangan Ramadan yang semakin dekat.



Bazar tahun ini dijangka merupakan bazar Raya terbesar yang pernah dianjurkan, dan akan dibuka lima hari sebelum Ramadan bermula, pada 17 Mac, sempena pelancaran lampu Hari Raya di sepanjang Geylang Serai.



Ia akan berlangsung selama 36 hari sehingga 21 April, dan merupakan tempoh paling lama acara utama sempena Ramadan itu pernah dianjurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >