Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Saranan Panel Penasihat Wakaf Masyarakat SG sedang diteliti: Masagos

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



SARANAN yang diberikan Panel Penasihat Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) sedang diteliti dan akan dikongsi dengan orang ramai dalam beberapa bulan akan datang.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata demikian dalam responnya kepada Anggota Parlimen Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) yang telah meminta kemas kini tentang WMS.



"Panel penasihat telah melakukan serangkaian pendekatan yang disasarkan dengan pihak berkepentingan utama untuk lebih memahami sentimen masyarakat serta mengenal pasti faktor kritikal bagi kejayaan WMS.



"Berikutan sesi-sesi pendekatan tersebut, panel itu telah menyerahkan laporan berkenaan teras utama dan aliran kerja yang disarankan bagi pembangunan WMS.



"Saya sedang menilai saranan panel itu dan butirannya akan dikongsi dalam beberapa bulan mendatang," kata Encik Masagos di Parlimen semalam.



Dalam soalan susulannya, Encik Zhulkarnain, yang juga merupakan seorang peguam, menyarankan agar rangka kerja penyelesaian pertikaian yang lebih komprehensif dibangunkan untuk menangani segala isu yang mungkin timbul di bawah WMS pada masa hadapan.



"Saya harap panel penasihat akan mengkaji dan mempertimbangkan rangka kerja penyelesaian pertikaian yang lebih komprehensif di mana segala perselisihan yang timbul dari wakaf masyarakat dapat ditangani baik melalui mediasi atau timbang tara dalam rangka kerja Amla (Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam) dan di bawah pengadilan Mahkamah Syariah jika boleh," ujar beliau.



Encik Masagos akur banyak isu yang telah ditimbulkan pakar undang-undang dan hartanah ketika mereka bertemu dan berbincang tentang hal tersebut.



"Terdapat banyak isu yang perlu dikaji dan diselesaikan.



"Undang-undang juga mungkin perlu diubah untuk memastikan bahawa melangkah ke hadapan, WMS dapat mencegah perselisihan sedemikian," kata Encik Masagos.



Beliau menambah bahawa lebih banyak penelitian perlu dilakukan juga bagi wakaf sedia ada, dengan wakaf terakhir yang diterima dalam masyarakat di sini adalah pada 1978.



"Budaya mewakafkan hartanah setelah pemergian seseorang merupakan budaya yang baik yang telah dilakukan nenek moyang kita dan telah memberi manfaat kepada masyarakat hari ini.



"Kami harap masyarakat kita pada hari ini yang semakin berada dapat melakukan yang sama agar dapat memanfaatkan masyarakat kita serta masyarakat secara amnya," ujarnya lagi.



Penubuhan WMS kali pertama diumumkan Encik Masagos pada Jun tahun lalu.



Dua panel penasihat telah dibentuk bagi mengemukakan saranan bagaimana untuk menggembleng sokongan masyarakat dan mengendali pelaksanaan WMS berikutan pengumuman tersebut.



Kedua-dua panel itu - Panel Penasihat Pakar WMS dan Panel Penasihat Masyarakat WMS - dipengerusikan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor.



Panel Penasihat Pakar WMS merangkumi karyawan dan pakar dalam bidang agama, guaman, pelaburan, kewangan, audit dan hartanah, sementara Panel Penasihat Masyarakat WMS merangkumi pemimpin masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >