Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan meriah di estet kejiranan jelang Hari Kebangsaan

Pelbagai kegiatan mesra keluarga diadakan termasuk karnival dan persembahan muzik
Aug 07, 2022 | 05:30 AM



SAMBUTAN Hari Kebangsaan Singapura di empat estet kejiranan cukup galak dan meriah semalam.



Walau di bawah terikan matahari ribuan warga Singapura dan penduduk setempat tidak kisah bermandi peluh untuk menyertai pelbagai kegiatan mesra keluarga serta menonton persembahan muzik dan tarian di karnival yang disediakan.



Karnival yang berlangsung di kawasan kejiranan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) itu merangkumi Taman Bishan-Ang Mo Kio dan beberapa padang luas di Punggol bersebelahan Waterway Point, MRT Sembawang dan MRT Buona Vista.



Penduduk di kawasan South East pula akan menyambutnya di padang bersebelahan Wisma Geylang Serai petang nanti.



Ini merupakan kali pertama aktiviti berskala besar kembali diadakan sejak pandemik Covid-19 melanda Singapura.



Ada di antara mereka yang hadir juga berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api yang cukup gah - segmen utama Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang bakal berlangsung di Pentas Terapung Marina Bay pada 9 Ogos nanti.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, turut membuat penampilan dan meraikannya bersama ribuan penduduk di kejiranan kawasan Central di Taman Bishan-Ang Mo Kio semalam.



Mereka yang hadir di karnival di situ telah membuat pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti 'Bubble Football', 'Archery Tag', 'Light Saber' dan 'Square Stepping'.



Bagi pengunjung, Cik Siti Khamis, 69 tahun, beliau amat teruja dapat menyambut sambutan sebegini di kawasan kejiranan beliau.



"Saya bangga dengan kemajuan Singapura, saya ingin anak dan cucu saya juga menghargai menjadi Rakyat Singapura"



"Ini pertama kali kami datang ke karnival sejak wabak Covid-19. Suasana sangat meriah dan kami ingin membuat sebagai tradisi keluarga untuk menyambut Hari Kebangsaan di estet perumahan," katanya.



Di karnival yang berlangsung di kejiranan North East pula, peserta dapat menikmati persembahan konsert daripada penyanyi Melayu Singapura, Hady Mirza, dan nyanyian tema Hari Kebangsaan oleh Taufik Batisah.



Antara mereka yang menghadiri karnival di sana adalah relawan akar umbi, Encik Syed Ahmad Alsagoff, 63 tahun.



Encik Syed berharap orang ramai dapat mengambil iktibar dari acara kemasyarakatan sebegini.



"Acara ini dapat menyatukan keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran untuk meraikan kemajuan kolektif kita sebagai sebuah negara.



"Kita juga perlu memikirkan cara-cara serta memainkan peranan penting bagaimana kita boleh meningkat masyarakat kita sendiri (seperti usaha sebegini)," kata beliau.



Encik Syed juga berkata keinginan penglibatan ramai pengunjung yang hadir di acara itu juga menjadi refleksi baik bagi tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu Lebih Kukuh Bersama, Majulah!.



"Singapura akan kekal kukuh bersama selagi kita bergerak bersama dan tidak meninggalkan sesiapun di belakang. Jadi tema tahun ini amat relavan kerana kita dapat keluar dari pandemik ini bersama dan meraikan sambutan ini bersama-sama," katanya sambil tersenyum.



Daerah kejiranan North West pula telah menjadi tuan rumah kepada sebuah karnival "Family Bliss Race @ North West".



Berlandaskan perpaduan keluarga, pengunjung serta keluarga telah mengambil bahagian dalam satu perlumbaan mencari harta karun yang diberi nama "Family Bliss Race", di mana salah satu stesen bagi perlumbaan itu ialah Masjid Assyafaah.



Penduduk di kejiranan North West juga telah menikmati pameran interaktif mengenai kemajuan Singapura dalam bidang seperti pertahanan dan kelestarian alam sekitar.



Di kawasan South West pula mengadakan karnival "Celebrate with Our Stars @ South West".



Penduduk di sana dapat menyaksikan persembahan menarik daripada veteran getai, Liu Ling Ling, serta penghibur daripada kawasan tersebut.



Mereka juga dapat menikmati pelbagai permainan karnival dan makanan ringan di sana.




"Saya bangga dengan kemajuan Singapura, saya ingin anak dan cucu saya juga menghargai menjadi Rakyat Singapura. Ini pertama kali kami datang ke karnival sejak wabak Covid-19. Suasana sangat meriah dan kami ingin membuat sebagai tradisi keluarga untuk menyambut Hari Kebangsaan di estet perumahan."
- Cik Siti Khamis, 69 tahun, pengunjung karnival di Taman Bishan-Ang Mo Kio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >