Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ruang solat Aidilfitri: 7,000 tempahan diterima dalam 5 minit pertama

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



APABILA laman tempahan bagi mendapatkan ruang solat Aidilfitri dibuka 10 pagi semalam, Cik Fatin Nadzirah Zahari merupakan antara jemaah yang pertama membuat tempahan untuk beliau dan keluarga.



Tempahan awal itu dibuat didorong hasrat untuk menunaikan solat tersebut selepas tidak dapat melakukannya secara berjemaah selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19.



"Sebab itu, kami buat tempahan seawal mungkin sebab takut nanti tidak ada slot," kata Cik Fatin, guru sekolah berusia 26 tahun yang tinggal di Tampines.



"Mujur kami dapat slot pertama dekat Masjid Darul Ghufran," jelasnya.



Cik Fatin berkata beliau dan suami, Encik Mohammad Asri Azinudin, membuat tempahan menerusi telefon bimbit mereka pada sekitar 10 pagi semalam.



Mereka juga membuat tempahan bagi ibu bapa Encik Asri kerana mereka sekeluarga ingin mendirikan solat Aidilfitri bersama buat kali pertamanya sejak bernikah hujung tahun lalu.



Namun tempahan yang dibuat tidak begitu licin kerana terdapat gangguan antara lapan hingga 10 minit kerana ramai juga dikatakan sedang membuat tempahan.



"Mungkin sebab terlalu ramai orang buat tempahan serentak, jadi laman tempahan itu crashed," jelasnya.



"Namun selepas kami buat tempahan, dalam beberapa jam kemudian kami masih lihat ada lagi banyak slot yang masih belum diambil."



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata daripada 179,400 slot yang ditawar bagi sesi satu dan dua, sekitar 142,750 ruang solat - iaitu sekitar 80 peratus - telah dipenuhi sehingga 3.30 petang semalam.



Muis menjelaskan sekitar 7,000 tempahan diterima dalam lima minit pertama.



Isu teknikal yang dialami laman tempahan itu telah menyebabkan beberapa pengguna tidak berupaya memasukinya pada awal pembukaannya.



Tahun ini sejumlah 206,000 ruang solat Aidilfitri disediakan secara keseluruhan bagi semua sesi solat berjemaah yang diadakan di 66 masjid di sini.



Setiap masjid menawarkan sekurang-kurangnya dua sesi solat dengan sesi pertama bermula pada 7.30 pagi hingga 8.15 pagi manakala sesi kedua, 8.45 pagi hingga 9.30 pagi.



Terdapat 15 masjid pula mengadakan sesi ketiga dari 10 pagi hingga 10.45 pagi kerana mempunyai bilangan jemaah lebih besar.



Beberapa pengguna lain yang dihubungi BH berkata mereka turut mengalami gangguan ketika membuat tempahan awal.



Namun mereka berkata ia tidak menjejas keinginan mereka untuk mendapatkan slot sesi pertama di masjid pilihan mereka. Ada juga yang menempah sesi solat kedua.



Encik Adil Afiq, 28 tahun, berkata apabila beliau ingin membuat tempahan bagi ruang solat Aidilfitri di Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris, kesemua slot sesi pertama sudah diambil sehingga 10.10 pagi semalam, sekitar 10 minit tempahan dibuka kepada jemaah.



"Saya cuma dapat tempah sesi kedua sahaja, sebab awal tadi semua slot sesi pertama sudah ditempah," katanya, seorang juruwang.



Bagi seorang kakitangan awam, Encik Jurizal Jamal, 28 tahun, beliau berjaya menempah slot sesi pertama di Masjid Al-Firdaus di Jalan Ibadat dekat Choa Chu Kang, bagi dirinya, isteri dan ibu bapa mentua meskipun Masjid Al-Khair lebih dekat dengan rumah mereka.



Katanya laman tempahan mulanya agak perlahan dan tidak berfungsi dengan baik.



"Tetapi alhamdulillah setelah menanti lapan minit, kami dapat menempah tempat dengan tiada masalah. Satu pertimbangan besar dalam pilihan masjid kami turut termasuk tempat meletak kereta yang lebih mudah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >