Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASYARAKAT GEMILANG 2022 (ICCOS)

RLAF akan jadi hos lawatan pembelajaran ke S'pura

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan menjadi hos bagi lawatan pembelajaran ke Singapura di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Menerusi kerjasama antara RLAF dengan SCP, pemerintah Singapura akan menyokong usaha masyarakat Muslim di sini menjadi hos pertukaran antara masyarakat bagi menggalak amalan dan idea terbaik dengan negara lain yang mempunyai penduduk minoriti Muslim, katanya.



Berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) di Pusat Konvensyen Raffles City semalam, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berharap pertukaran sedemikian akan menjalin kerjasama dalam kalangan negara ini, termasuk Singapura dan membina masyarakat berjaya.



"SCP merupakan program bantuan teknikal utama Singapura bagi negara lain menerusi pembangunan modal insan.



"Menerusi kerjasama antara RLAF dengan SCP, pemerintah Singapura akan menyokong usaha masyarakat Muslim kita menjadi hos pertukaran antara masyarakat bagi menggalak amalan dan idea terbaik dengan negara lain dengan penduduk minoriti Muslim.



"Kami harap pertukaran sedemikian akan menjalin kerjasama dalam kalangan negara ini, termasuk Singapura dan membina masyarakat berjaya," katanya sambil menambah butiran program RLAF-SCP akan diumumkan lewat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >