Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan akar umbi gembira bantu semarak karnival di North East

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



MELIHAT orang ramai datang berbondong-bondong sambil menunjukkan keriangan adalah suasana yang amat dirindui Encik Syed Ahmad Alsagoff.



Ini kerana beliau tidak dapat merasakannya semasa dua edisi sambutan Hari Kebangsaan yang lalu dek pandemik Covid-19.



Oleh itu, relawan akar umbi berusia 63 tahun yang telah berkhidmat di Pasir Ris West lebih 20 tahun itu amat berbesar hati apabila dipanggil untuk menyumbang kepada perancangan bagi sambutan Hari Kebangsaan yang lebih gah di kawasan kejiranannya.



"Kami mula merancangkannya sejak Februari lalu dan saya memegang jawatan sebagai bendahari di dalam jawatankuasa penganjur.



"Ia amat menarik bagi kami kerana ini adalah kali pertama acara sebesar sebegini diadakan berbanding dengan tahun-tahun lalu dimana orang ramai perlu duduk rumah untuk menyambut hari jadi Singapura," kata beliau, yang juga seorang pengerusi di sebuah syarikat swasta.



Encik Syed berkata sekitar 60 orang membentuk jawatankuasa penganjur dan mereka terdiri daripada 20 bahagian akar umbi di daerah Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), serta agensi pemerintah seperti Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).



Matlamat penting bagi kumpulan itu adalah untuk "membenarkan lebih ramai rakyat Singapura untuk mengambil bahagian dalam sambutan ini", terutama mereka yang tidak mendapatkan tiket bagi acara langsung di The Float@ Marina Bay pada 9 Ogos nanti, tambah Encik Syed.



Ribuan orang telah hadir untuk menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan di reruai karnival semalam.



Malah, ada juga sempat menikmati persembahan dari dua bekas Singapore Idol, Taufik Batisah dan Hady Mirza, di tanah lapang itu sebelum acara kemuncak pertunjukan bunga api menyinar langit di Punggol itu.



Bagi Encik Syed, beliau berpuas hati acara itu berjalan dengan lancar di samping membuat orang ramai gembira menyambutnya beramai-ramai.



"Antara cabaran yang perlu kami lalui adalah untuk memenuhi keselamatan, kesejahteraan dan harapan para pengunjung di acara berskala besar ini. Jadi, kami bekerjasama dengan pihak kepentingan utama seperti pemimpin akar umbi, SAF, SPF, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan lain-lain lagi untuk menjayakan acara ini," katanya ketika ditemui semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >