Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Razwana saran guna NPF sokong pembangunan pekerja gig

Aug 03, 2023 | 07:49 PM



Pemerintah harus pertimbang memperluas jangkauan Dana Daya Penghasilan Nasional (NPF) merangkumi sektor yang melibatkan pekerja ekonomi gig, kata Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Razwana Begum Abdul Rahim, dalam ucapan sulungnya di Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata dengan pertumbuhan wadah digital, ekonomi gig semakin berkembang pesat, namun kemampanan dan prospek pekerjaan pekerja gig agak diragui.

“Adakah sebarang pertimbangan diberikan kepada bagaimana NPF juga boleh diluaskan dan digunakan untuk menyokong pembangunan dan pertumbuhan pekerja gig?” kata Dr Razwana.

Beliau antara anggota Dewan yang bangkit dalam perbahasan Rang Undang-Undang (Pindaan) Dana Daya Penghasilan Nasional.

Menyokong rang tersebut, Dr Razwana berkata ia memperluas tujuan di mana wang NPF boleh dikeluarkan dan digunakan.

Ini memberikan lebih banyak fleksibiliti bagi penggunaan dana itu untuk membina keupayaan dan menambat pelaburan bermutu, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata adalah penting untuk memastikan bahawa kuantum yang diperuntukkan untuk Pendidikan & Latihan Berterusan (CET) tidak dikurangkan.

Awal sebelum itu, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, berkata dalam tempoh lima tahun lalu, NPF telah mengagihkan lebih $1 bilion merentas 47 projek pemerintah berkaitan CET.

“Boleh saya cadangkan agar dilaksana peruntukan minimum dana yang dimandatkan bagi aktiviti berkaitan CET dan memperuntukkan dana khusus bagi latihan dan pembangunan pekerja.

“Ini akan menghalang pengalihan sumber untuk penggunaan lain,” ujar Dr Razwana.

Beliau turut memberikan penekanan yang lebih pada kandungan dan mutu program CET yang ditawarkan.

“Saya percaya ada hubung kait kuat antara mutu program CET dan prospek pekerjaan yang lebih baik bagi warga Singapura,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >