Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

Raya istimewa di tengah pandemik Covid-19, satu pengorbanan: Maliki

May 16, 2021 | 05:30 AM



HARI Raya tahun ini adalah yang istimewa diraikan dengan akur pada langkah sekatan Covid-19 lebih tegas.



Namun, segala pengorbanan yang dibuat adalah demi memastikan semua penduduk berada dalam keadaan selamat.



Demikian pengamatan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam perkongsiannya di Facebook sempena Aidilfitri.



"Saya gembira dapat mengunjungi ibu saya yang berusia 93 tahun dan ibu mentua yang berusia 73 tahun.



"Ibu saya kerap bertanyakan bila anak-anak dan cucu-cucu yang lain dapat mengunjunginya...



"Dalam keadaan sedih, beliau hanya dapat menghimpun doa kita semua selamat dan mereka dapat mengunjunginya tidak lama lagi.



"Begitulah realiti menyambut Hari Raya dalam suasana Covid-19. Namun, pengorbanan ini harus kita lakukan bagi memastikan kita semua selamat," tambah Dr Maliki.



Dalam satu pos berasingan, beliau juga melahirkan rasa sedihnya dengan serangan udara dan roket di Israel dan Gaza yang menambah konflik di Baitulmakdis serta daerah lain di Israel dan Tebing Barat.



"Dengan tempoh Hari Raya ini sering dikaitkan dengan kemenangan dan keceriaan bagi meraikan pencapaian kita pada bulan Ramadan, ramai berkongsi sukar menikmati perayaan apabila kesakitan dan penderitaan berlaku di beberapa daerah lain di dunia ini.



"Sejak beberapa malam terakhir Ramadan hingga hari ini, ingatan dan doa kami buat keluarga yang kehilangan orang tercinta, mereka yang cedera dan dipindah secara paksa.



"Ini adalah satu peringatan serius bahawa keamanan dan keharmonian yang kita nikmati di Singapura berharga dan tidak harus diambil ringan," jelas Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar.



Sementara itu, di Facebook, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkongsi video sebuah keluarga Cina menyajikan lagu Selamat Hari Raya sebagai hadiah buatnya dan keluarga.



Encik Leonard Tan, seorang profesor muzik, bermain piano sementara lima anggota keluarganya yang lain menggesek biola, memalu baldi dan menggoyang tamburin.



"Lebih mustahak lagi, saya menghargai dan berasa lebih bersemangat dengan usaha mereka mendakap budaya dan keramaian berbilang kaum dan budaya kita yang kaya.



"Ia satu langkah yang amat dihargai di tengah-tengah pandemik ini dengan kita terus mengekalkan jalinan rapat dan keharmonian antara penduduk berbilang kaum dan agama bagi memelihara keharmonian sosial kita," tulis Encik Masagos.




"Saya gembira dapat mengunjungi ibu saya yang berusia 93 tahun dan ibu mentua yang berusia 73 tahun. Ibu saya kerap bertanyakan bila anak-anak dan cucu-cucu yang lain dapat mengunjunginya...

Dalam keadaan sedih, beliau hanya dapat menghimpun doa kita semua selamat dan mereka dapat mengunjunginya tidak lama lagi. Begitulah realiti menyambut Hari Raya dalam suasana Covid-19.

Namun, pengorbanan ini harus kita lakukan bagi memastikan kita semua selamat."

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >