Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Raja Lelong' permaidani akur berpindah setelah 23 tahun di TKC

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



NAMA Raja Lelong permaidani sinonim dengan pemilik Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi.



Apa tidaknya, di edisi-edisi bazar Ramadan sebelum ini, lelongan permaidani kepada pelanggan mengisi hiruk-pikuk bazar.



Beliau berkata: "Saya mencipta nama 'Raja Lelong' itu semasa mula-mula berkecimpung dalam bazar Ramadan.



"Tak sangka pula yang nama itu sinonim hingga ke hari ini jadi pastinya ia sesuatu yang positif buat diri saya."



Gerai beliau di Tanjong Katong Complex (TKC) pula sudah bertapak sejak 2000.



Sayangnya, ia bakal menutup tirai buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf di TKC selama tiga tahun.



Beliau menjelaskan bahawa beliau rasa agak terkilan, memandangkan sudah lama beliau buka kedai di sana.



"Ruang di sini luas, lokasinya juga mudah untuk pelanggan dan kadar sewanya juga amat berpatutan.



"Saya juga telah berada di sini lebih dari dua dekad jadi saya sudah terbiasa dengan rutin harian," tambah beliau.



Namun demikian, beliau bersyukur kerana respons daripada pelanggan sejauh ini sangat menggalakkan, di sebalik makluman bahawa kedainya bakal berpindah ke tempat lain.



"Sebelum kerja-kerja naik taraf dibuat, pelanggan saya tahu yang saya perlu jual permaidani yang ada," tambah beliau.



Encik Reza berkata sejak 10 hari yang lalu, beliau menjual purata 50 hingga 60 permaidani dan jumlahnya melonjak kepada 200 pada Sabtu.



Menurutnya, beliau mengalu-alukan peningkatan TKC kerana sudah tiba masanya ia disegarkan semula.



Encik Reza memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia memindahkan perniagaannya ke sebuah unit di Bangunan Ghutrie di Changi Road untuk sementara waktu tetapi lokasi itu tidaklah setanding ruang di TKC.



Beliau menjelaskan: "Unit kami yang baru (di Changi Road) tidak mencukupi kerana ruangnya adalah seperempat daripada ruang yang kami ada sekarang di TKC.



"Tetapi ini adalah aturan sementara jadi kami akan lakukan yang terbaik."



Pastinya, selepas selesai kerja naik taraf TKC, beliau ingin kembali untuk membuka kedai, sungguhpun jika kadar sewanya berbeza dan lebih mahal.



Ini setelah beliau telah meluangkan sebahagian besar masanya di sana, lantas tidak boleh lupakan dan tinggalkan tempat itu begitu saja.



"Saya menantikan detik untuk kembali (ke TKC). Saya tidak mahu biarkan masa yang sudah sekian lama terluang di sini begitu saja.



"Saya sudah melabur keringat di sini dan sudah pasti, saya rasa saya sebahagian daripada tempat ini," ujar beliau dengan penuh yakin.



Dalam pada itu, perunding Istana di TKC, Encik Osman Arrifin, berkata dewannya juga sudah lebih 80 peratus ditempah hingga hujung Jun - TKC dijangka menjalani kerja-kerja naik taraf pada suku ketiga 2023.



Beliau menjelaskan disebabkan sekatan pandemik yang telah dimansuhkan, bakal mempelai dan orang ramai ingin mengadakan acara keramaian.



"Barangkali juga, ada di kalangan mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah TKC," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >