Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Putera Mahkota Brunei lawat Sekolah Victoria, Dewan Victoria

Chun Sing harap dapat lanjutkan kerjasama dalam pendidikan, bidang seterusnya
Aug 04, 2022 | 05:30 AM



PUTERA Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, yang berada di Singapura bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kelapan melawat Sekolah Victoria dan Dewan Victoria semalam.



Beliau dihoskan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Dalam catatan di Facebook, Encik Chan berkata Putera Al-Muhtadee, yang ditemani isterinya, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, serta delegasi beliau memerhatikan eksperimen biologi dan melawat taman eko Sekolah Victoria.



Di Dewan Victoria pula, seorang pelajar menengah tiga dari Thailand berkongsi pengalamannya sebagai pelajar antarabangsa di Singapura.



Untuk memperingati lawatan itu, pihak sekolah menghadiahkan kepada Putera Al-Muhtadee Billah lukisan muka bangunan Sekolah Victoria yang dihasilkan oleh seorang pelajar menengah dua yang mengikuti Program Elektif Seni Singapura (AEP).



"Dengan penyambungan semula perjalanan secara beransur-ansur, saya gembira kerana kami sekali lagi dapat mengadakan pertukaran secara bersemuka dengan rakan-rakan rapat seperti Brunei.



"Kedua-dua negara kita mempunyai banyak perkara untuk dipelajari daripada satu sama lain, dan saya berharap dapat melanjutkan kerjasama dalam pendidikan dan selanjutnya," tulis Encik Chan.



Dalam pada itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam berkata Putera Al-Muhtadee Billah akan mengetuai delegasi ke Singapura bagi YLP kelapan.



Beliau ditemani isteri dan anak-anaknya, serta delegasi Brunei yang terdiri daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Amin Liew Abdullah; Menteri Pendidikan, Datin Romaizah Salleh; Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dato Riza Yunos; dan pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Brunei.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menganjurkan jamuan tengah hari secara berasingan untuk Putera Al-Muhtadee dan anggota delegasinya.



Putera Al-Muhtadee juga akan melawat Our Tampines Hub dan RSS Singapura - Changi Naval Base.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >