Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

Pusat SME rintis nasihat pakar bantu firma guna digital, cari pembiayaan

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



PUSAT SME akan merintis perkhidmatan nasihat pakar untuk menyokong syarikat dalam bidang seperti digitalisasi dan pembiayaan, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan) Cik Low Yen Ling.



"Contohnya, jika sebuah SME (syarikat kecil dan sederhana) ingin berkembang tetapi tidak mempunyai dana, Penasihat Pakar akan membantu menilai kedudukan kewangan syarikat itu, dan menyarankan model pembiayaan sesuai serta instrumen pembiayaan sedia ada.



"Penasihat tersebut kemudian akan membimbing pemilik perniagaan itu mengenai cara memperkukuh permohonan pinjaman dan merujuk SME tersebut kepada bank relevan bagi permohonan itu," kata Cik Low di Parlimen semalam.



Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa pemerintah akan bekerjasama lebih rapat dengan rakan industri seperti persatuan dan dewan perniagaan (TAC) untuk meningkatkan keupayaan mereka.



Satu Rangka Kerja Keupayaan TAC akan dibangunkan bagi membantu TAC menarik, mengekalkan dan membangun bakat.



Rangka kerja itu akan dibangunkan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dengan sokongan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Enterprise Singapore (ESG), dan SkillsFuture Singapore (SSG).



Ini kali pertama rangka kerja sedemikian akan dibangunkan, kata Cik Low.



Rangka kerja itu akan mengenal pasti kemahiran relevan bagi sekretariat TAC dan pemimpin mereka.



Rangka kerja itu akan siap pada suku ketiga tahun ini.



Selain itu, ciri-ciri baru akan diperkenal dalam wadah GoBusiness, termasuk panduan menubuhkan perniagaan, dan fungsi baru bagi memeriksa penggunaan tempat bagi operasi perniagaan.



Cik Low turut memberi perkembangan tentang Program Heartlands Go Digital Programme bagi menggalak perusahaan di pusat kejiranan menggunakan huraian digital.



Hampir 200 duta digital dan penasihat perniagaan sedang giat mendekati sekitar 20,000 perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >