Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Proses vaksinasi

Dec 31, 2020 | 5:30 AM
PROSES TERATUR: Kakitangan penjagaan kesihatan perlu melalui beberapa proses sebelum diberi vaksin Covid-19 termasuk (dari gambar kiri, ikut putaran jam) mengisi borang dan menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan mereka layak menerima vaksin tersebut. Mereka yang layak akan disuntik di lengan dan menerima kad vaksinasi. - Foto-Foto BH oleh KEVIN LIM
PROSES TERATUR: Kakitangan penjagaan kesihatan perlu melalui beberapa proses sebelum diberi vaksin Covid-19 termasuk (dari gambar kiri, ikut putaran jam) mengisi borang dan menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan mereka layak menerima vaksin tersebut. Mereka yang layak akan disuntik di lengan dan menerima kad vaksinasi. - Foto-Foto BH oleh KEVIN LIM -

INDIVIDU yang bakal menerima vaksin Covid-19 perlu mengisi borang saringan vaksin untuk mengesahkan mereka bersetuju menjalani vaksinasi.

Mereka juga perlu menjawab beberapa soalan untuk menentukan mereka layak menerima vaksin tersebut, selain memberikan maklumat peribadi dan mengisytiharkan sejarah perubatan mereka, kata Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Pada masa yang sama, individu itu akan diberikan kertas yang mengandungi maklumat mengenai vaksin yang bakal digunakan bagi vaksinasi tersebut.

Vaksin yang perlu disimpan dalam kotak sejuk khas itu hanya akan disiapkan jika individu tersebut didapati layak menerimanya.

Seorang kakitangan akan menyuntik vaksin tersebut ke lengan individu tersebut.

Selepas diberikan vaksin tersebut, individu berkenaan akan diberikan kad vaksinasi dan keadaannya dipantau selama 30 minit sebelum dibenar beredar demi memastikan tiada reaksi yang tidak diingini berlaku terhadap individu tersebut.

Seramai 30 kakitangan NCID diberikan vaksin Covid-19 semalam, dan kakitangan lain akan diberikan vaksin tersebut secara berperingkat mulai bulan depan, kata NCID.

Vaksinasi bagi kakitangan serta pihak pengurusan Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) juga akan bermula Januari ini, tambahnya.

Ini setelah pemerintah menerima sepenuhnya awal minggu ini saranan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 tentang strategi vaksinasi Covid-19 di Singapura.

Jawatankuasa itu mendapati vaksin yang dihasilkan Pfizer-BioNTech sesuai digunakan mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas bagi mencegah koronavirus itu.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, jawatankuasa itu berkata vaksin tersebut menunjukkan keberkesanan tinggi iaitu 95 peratus. Vaksin itu juga telah dinilai sebagai selamat digunakan, mengikut piawaian yang digunakan untuk menilai vaksin bagi penyakit lain.

Walaupun vaksinasi bagi Covid-19 adalah secara sukarela, jawatankuasa tersebut telah menyarankan supaya seberapa ramai warga Singapura menjalani vaksinasi, antara lain untuk mengurangkan risiko berlakunya penularan Covid-19 yang tidak terkawal di sini.

Ini juga dapat melindungi golongan yang buat masa ini tidak sesuai menerima vaksinasi tersebut.

Namun, vaksin itu tidak digalakkan bagi wanita hamil dan individu yang mengalami masalah imuniti, sehingga lebih banyak data dapat dikumpulkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg