Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

WAWANCARA DENGAN MAYOR CDC SOUTH EAST, MOHD FAHMI ALIMAN

Program perintis M³ pemimpin kesatuan 'turun padang' bimbing pekerja akan diperluas

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



SATU program perintis di bawah inisiatif M Kuasa Tiga (M3) melibatkan pemimpin kesatuan yang turun padang untuk mendampingi dan membimbing pencari kerja akan diluaskan.



Program itu telah dimulakan di bandar M3@Geylang Serai dan M3@Bedok sejak awal tahun ini, dan terdapat rancangan untuk dikembangkannya ke Jalan Besar dan Jurong.



Ini didedahkan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM). Beliau menerajui Bidang Tumpuan Empat (FA4) mengenai pekerjaan dan daya kerja di bawah M3.



Di bawah program perintis itu, seramai 50 isi rumah telah dikenal pasti sebagai permulaan, termasuk penduduk rumah flat sewa, berdasarkan data atau tinjauan yang telah dilakukan di kawasan perumahan itu, kata Encik Fahmi.



Antara penduduk yang dikenal pasti termasuk golongan pekerja yang menjadi tumpuan FA4 iaitu pekerja 'gig', wanita yang ingin kembali bekerja, pekerja muda dan pekerja pertengahan kerjaya.



Seramai tujuh pemimpin kesatuan kini terlibat dalam usaha itu, dan setiap seorang daripada mereka dipadankan dengan sebanyak empat isi rumah.



Dalam lawatan mereka, pemimpin kesatuan akan pergi rumah ke rumah untuk mengunjungi penduduk yang sudah dikenal pasti itu untuk memberi nasihat dan bimbingan tentang pekerjaan.



"Kami perlu memahami keperluan mereka, bercakap dengan mereka, dan melihat cara terbaik untuk menggunakan perkhidmatan M3 bagi membantu mereka.



"Setelah itu, kami meniti perjalanan latihan itu bersama mereka. Di sinilah kakitangan NTUC dan pemimpin kesatuan cuba yakinkan mereka, bimbing mereka, dan pastikan latihan dihabiskan.



"Kemudian, kami akan hubungkan mereka dengan e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) dan LearningHub untuk pastikan mereka dapat pekerjaan," ujar Encik Fahmi.



Program perintis itu sebahagian daripada usaha mempertingkatkan daya kerja pekerja Melayu/Islam, terutama sekali dalam pasaran pekerjaan yang berubah pascapandemik.



Disember lalu, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata agensi M3 sedang bekerjasama dengan rakan kongsi strategik seperti Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi memanfaatkan keupayaan pemimpin kesatuan Melayu/Islam memberi sokongan terakhir dalam memadankan pekerjaan kepada pencari kerja Melayu/Islam.



Encik Fahmi akur usaha ini bukan sesuatu yang mudah, dan menyifatkannya sebagai satu 'perjalanan yang panjang'.



Buat masa ini, sudah ada beberapa individu yang didampingi pemimpin kesatuan itu telah memulakan latihan atau menunjukkan minat untuk menjalani latihan.



"Program ini memerlukan tahap pendekatan yang tinggi dan ia merupakan satu perjalanan yang panjang.



"Ia melibatkan usaha untuk cuba mengubah minda atau membuat pencari kerja rasa lebih yakin (untuk menjalani latihan). Jadi ia bukan mudah," kata Encik Fahmi.



Langkah seterusnya adalah untuk meluaskan program ini kepada semua M3@Bandar di seluruh Singapura, kerana kawasan itu masing-masing juga mempunyai pemimpin kesatuan yang terlibat aktif.




LANGKAH DEMI LANGKAH PROGRAM TURUN PADANG



“Kami perlu memahami keperluan mereka, bercakap dengan mereka, dan melihat cara terbaik untuk menggunakan perkhidmatan M3 bagi membantu mereka.

Setelah itu, kami meniti perjalanan latihan itu bersama mereka. Di sinilah kakitangan NTUC dan pemimpin kesatuan cuba yakinkan mereka, bimbing mereka, dan pastikan latihan dihabiskan. Kemudian, kami akan hubungkan mereka dengan e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) dan LearningHub untuk pastikan mereka dapat pekerjaan.”

- Encik Mohd Fahmi Aliman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >