Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Pembangunan awal kanak-kanak autistik penting

Sekolah AWWA@Bedok yang dirasmi sebahagian usaha MOE pastikan kanak-kanak keperluan khas mudah dapat pendidikan awal
Oct 07, 2022 | 05:30 AM



TAHUN pembentukan kanak-kanak adalah kritikal dan berfungsi sebagai batu asas untuk kehidupan dewasa mereka.



Justeru, sebagai sebahagian daripada sekolah pendidikan khas (Sped), khidmat badan sosial AWWA telah melihat kepada kerja-kerja melengkapkan pelajar yang mempunyai Gangguan Spektrum Autisme (ASD) dengan kemahiran untuk menjadi aktif dan dihargai di dalam masyarakat.



Demikian dinyatakan Presiden Halimah Yacob semasa pelancaran rasmi Sekolah AWWA @ Bedok, sekolah kedua AWWA di Singapura semalam.



Sekolah AWWA @ Bedok antara empat sekolah Sped yang dibiayai pemerintah untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar yang mengalami ASD dengan kecacatan intelek.



Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memudahkan kemasukan ke Sped untuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas sederhana hingga teruk.



Disokong MOE, SG Enable dan penderma korporat, sekolah itu mula beroperasi Januari tahun ini dan kini mempunyai 65 pelajar.



Dengan kapasiti penuh, sekolah baru itu akan dapat memanfaatkan 300 pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun dengan ASD.



Meskipun ia hanya fokus kepada pelajar yang mempunyai ASD, AWWA telah berusaha untuk menyelaraskan kurikulum mereka dengan Sekolah AWWA @ Napiri yang sedia ada, yang turut menerima pelajar berbilang kurang upaya.



Kemudahan yang dibina di sekolah itu akan membantu perkembangan pelajar dengan ASD.



Ini termasuk kolam hidroterapi; bilik terapi yang lebih besar dengan peralatan khusus; bilik darjah yang direka untuk pelajar dengan ASD; dan bilik iCUBE dengan dinding seni interaktif untuk memastikan pengalaman yang mengasyikkan untuk pelajar.



Namun, Presiden Halimah berkata kejayaan untuk pelajar tidak bergantung semata-mata tentang program dan aktiviti yang dialami dalam sekolah.



"Kejayaan itu sangat bergantung kepada ekosistem di mana kanak-kanak itu berada, di mana bahagian-bahagian yang saling berkaitan bergerak dan berfungsi secara serentak untuk membolehkan individu berkeperluan khas berkembang dan berkembang maju.



"Ibu bapa, adik beradik, keluarga besar dan rakan-rakan serta jiran-jiran, perniagaan, masyarakat dan agensi pemerintah, semuanya adalah sebahagian daripada ekosistem itu. Bersama mereka membolehkan kanak-kanak itu berkembang dalam suasana yang berbeza," kata Presiden Halimah.



Pengetua Sekolah AWWA @ Bedok, Cik Ruby Seah, berkata:



"Ini menandakan permulaan lebih banyak lagi yang akan datang, dan bersama kakitangan saya, saya yakin bahawa kita akan dapat mewujudkan ruang yang memperkayakan untuk anak-anak kita belajar dan berkembang, bukan sahaja melalui kurikulum yang diajar tetapi juga melalui interaksi harian mereka di sekeliling sekolah ini yang direka untuk pembelajaran, pertumbuhan, dan kebebasan mereka".



Encik Indera Ninggal dan Murhaini Miskam, kedua-keduanya 40 tahun, gembira dengan pembangunan anak mereka Ihsahn Nurhakan Indera, 11 tahun, sejak menempatkan kanak itu di Sekolah AWWA sejak lima tahun lalu.



"Sebelum memasuki sekolah ini, Ihsahn mempunyai banyak masalah disiplin dan sering merungut. Sejak memasuki sekolah AWWA ini, pelbagai guru di setiap peringkat darjahnya telah membantu meningkatkan disiplin beliau serta mengajar pelbagai ilmu kehidupan. Kini, beliau lebih berdikari dan lebih bertanggungjawab," ujar Encik Indera, seorang eksekutif pemasaran.




"Kejayaan itu sangat bergantung kepada ekosistem di mana kanak-kanak itu berada, di mana bahagian-bahagian yang saling berkaitan bergerak dan berfungsi secara serentak untuk membolehkan individu berkeperluan khas berkembang dan berkembang maju."
- Presiden Halimah Yakob mengenai kejayaan pelajar yang mempunyai Gangguan Spektrum Autisme (ASD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >