Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee terima suntikan vaksin Covid-19 yang dikemas kini

Nov 02, 2023 | 08:18 PM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menerima suntikan vaksin Covid-19 yang dikemas kini pada Khamis di Hospital Besar Singapura (SGH).

Dalam satu catatan Facebook, Encik Lee berkata vaksin yang dikemas kini itu dilancarkan baru-baru ini berdasarkan varian Omicron XBB.1.5.

Beliau turut berkata, Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) telah menyarankan penggunaan versi vaksin terbaru itu untuk melindungi orang ramai dengan lebih baik daripada jenis virus ketika ini dan masa hadapan.

Encik Lee menambah bahawa orang ramai mungkin bertanya sama ada mereka yang pernah dijangkiti Covid-19, seperti beliau sendiri yang pernah menghidap Covid-19, masih perlu mendapatkan suntikan vaksin.

Katanya: “Gejala saya adalah minimum dan saya berasa agak baik, kemungkinan besar kerana saya mengemas kini vaksinasi saya.

“Tetapi perlindungan saya akan berkurangan dengan masa yang berlalu, begitu juga bagi (perlindungan) anda.”

Vaksin terbaru itu disarankan terutamanya bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, orang yang terdedah dari segi perubatan dan penghuni di kemudahan penjagaan warga emas, jelas beliau.

Namun, vaksin tersebut disediakan untuk semua yang berusia enam bulan dan ke atas secara percuma, tambah Encik Lee.

“Vaksinasi adalah perlindungan terbaik daripada Covid-19. Pastikan vaksinasi anda dikemas kini untuk melindungi diri anda dan orang tersayang,” ujar beliau seperti dilaporkan The Straits Times.


Encik Lee, 71 tahun, didapati positif bagi Covid-19 dua kali pada 2023 – pertama pada Mei dan kemudian pada Jun, hanya beberapa hari selepas beliau pulih daripada serangan pertama virus itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >