Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MESYUARAT PEMIMPIN ASEAN DI JAKARTA

PM Lee gesa misi Asean diizin ke Myanmar bantu bincang huraian

Ulangi gesaan SG agar keganasan dihenti, tahanan politik dibebas dan dialog semua pihak disambung
Apr 25, 2021 | 05:30 AM



ASEAN boleh memainkan peranan membina bagi membantu dalam proses mencari huraian di Myanmar, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Beliau juga menggesa agar rombongan Asean dibenarkan melawat Myanmar untuk membantu dalam proses perbincangan, dengan kumpulan itu juga bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan.



Encik Lee berkata demikian semasa berucap di Mesyuarat Pemimpin Asean mengenai krisis Myanmar di Jakarta semalam. Ini pertemuan secara fizikal pertama Asean sejak pandemik Covid-19. Ia dianjurkan Brunei selaku Pengerusi Asean tahun ini.



Dalam ucapannya, Encik Lee mengulangi gesaan Singapura agar keganasan di Myanmar dihentikan dan semua tahanan politik dibebaskan, dan dialog antara semua pihak berkepentingan disambung.



Negara anggota Asean mempunyai tanggungjawab bersama untuk mendukung keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini, sebagaimana termaktub dalam piagam kumpulan itu, kata Encik Lee.



"Kita tidak boleh bersikap tidak ambil peduli mengenai apa yang berlaku di Myanmar. Masyarakat antarabangsa juga sedang melihat apa yang kita lakukan," ujar beliau, sambil berkata proses dan usaha mendekati rakan di luar Asean perlu diteruskan.



Jika Asean berdiam diri atau tidak mengambil tindakan, ini akan menjejas kepusatan, kredibiliti dan kerelevanan Asean.



Ratusan orang awam dilaporkan maut di Myanmar akibat tindakan keras junta yang merampas kuasa pada 1 Februari.



Encik Lee berkata ramai prihatin mengenai situasi di Myanmar, dengan laporan tentang kekurangan bekalan makanan, perubatan dan kuasa. Negara anggota Asean boleh membantu Myanmar mengatasi bencana kemanusiaan ini, kata beliau.



Antara lain, Pusat Penyelaras Asean bagi Bantuan Kemanusiaan untuk pengurusan bencana bersedia membantu.



Satu rombongan Asean juga harus dibenarkan untuk mengunjungi Myanmar bagi membantu proses perbincangan antara pelbagai pihak berkepentingan di negara itu, kata Encik Lee.



"Mana-mana huraian yang mengembalikan Myanmar ke arah peralihan demokratik mesti melibatkan kedua-dua pihak - Tatmadaw, institusi penting dalam badan politik Myanmar, dan Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD), yang mempunyai sokongan popular," kata Encik Lee, sambil menambah bahawa Asean selama ini menyokong Myanmar, dan akan terus menyokongnya.



Pada awal 2000-an, apabila negara lain mengenakan sekatan ke atas Myanmar, Singapura dan Asean mengekalkan hubungan dengannya, dan kemudian menyokong Myanmar dalam usahanya ke arah demokrasi.



"Kami berharap kali ini Myanmar akan sekali lagi membalas semangat muhibah dan niat baik Asean, dan bekerjasama dengan Asean bagi melakar haluan ke depan.



"Masa depan Myanmar akhirnya perlu ditentukan oleh rakyatnya. Tetapi Asean boleh dan ingin memainkan peranan membina dalam membantu proses merundingkan huraian bertahan dan damai, dan kembalikan Myanmar ke keadaan biasa dan kestabilan," ujar Encik Lee.



Mesyuarat dua jam lebih itu turut dihadiri pemimpin dan wakil negara lain Asean, termasuk Sultan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, yang juga pengerusi mesyuarat, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo.



Ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, turut menghadiri mesyuarat itu dan memberi taklimat tentang situasi di negaranya serta kejadian yang berlaku sebelum rampasan kuasa tentera.



Encik Lee memberitahu media Singapura jeneral itu memberi respons kepada ucapan pemimpin Asean.



"Beliau tidak menentang Asean memainkan peranan membina, atau lawatan rombongan Asean, mahupun bantuan kemanusiaan, dan mereka akan memandang ke depan dan mendekati kami secara membina," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >